Sunday, 18 March 2012

Carta Cinta





Markah GEOGRAFI saya teruk
Tapi kukatakan padamu
Engkau TERLETAK rapi di hatiku

Ingatan SEJARAH saya kurang
Tapi masih dapat kuKISAHkan
Ketika pertama kali kuberjumpa dirimu

Rekod KIMIA saya merah
Namun aku tahu bagaimana REAKSI
Dalam hatiku saat melihat senyumanmu


Saya kurang pandai dalam hal FIZIK
Tapi saya dapat jelaskan
KEAMATAN jernihnya cahaya kedua mataku
Saat keduanya melihatmu

Aku bodoh dalam SEGALA HAL
Namun dapat kukatakan pada semua orang
Bahawa aku sanggup mengatakan semua hal
Jika itu berkaitan TENTANG DIRIMU

I am bad in ENGLISH But I still can say:
I LOVE YOU FULL



Aku memang mencintaimu sepenuh jiwa ragaku
Namun Aku lebih mencintai Allah & Rasul-ku

“TIDAK BERIMAN seorang kalian hingga aku lebih dicintai daripada orang tuanya, anaknya & seluruh manusia.”
(HR Bukhari & Muslim)

Tak layak bagi manusia mencintai makhluk lebih daripada PENCIPTAnya.

Tinggalkanlah Perdebatan Yang Tidak Bermakna

Bijak sungguh kau bermain kata meminta hujat. Tatkala hujat sudah diberi, kau balas pula dengan emosi. Kata-kata kesat, penghinaan, cacian dan makian yang kau lemparkan. Jika kau minta hujjah tetapi untuk dipersendakan, maka terlepaslah kau dari diriku. Kerana, bukannya itu jalan untuk meninggikan kebenaran. Dan bukannya kebenaran yang kau mahukan sebenarnya.

"Aku mnjamin sebuah rumah di persekitaran syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan sekalipun dia berada di sebelah kebenaran."
(Hadis Riwayat Abu Daud
)



Nabi SAW bersabda : “Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan se mudah2 ibadat dan se senang2 atas tubuh, ialah diam dan baik perangai.”(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim)


Banyak diam tak semestinya bodoh, banyak cakap tidak semestinya bijak, 
sebab kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh banyak bicara.

Friday, 16 March 2012

Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yang Aku Idam-idamkan?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (al-Baqarah 2:216)

Kepada Siapa Aku Berharap?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selainNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal." (at-Taubah 9:219)


"Sesungguhnya, aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah."(Yusuf 12:86)

Apabila segala perancangan kita
Tak menjadi seperti yang diharapkan
Tetap senyumlah dan ingatlah...
Allah


Sebab manusia merancang dengan cita-cita

Sedang ALLAH merancang dengan CINTA
Selalu memberi yang terbaik untuk hambaNYA

Tuesday, 13 March 2012

Kata-kata Nabi saw Yang Sentiasa Benar

Salah satu karakteria daripada Nabi Muhammad saw yang dikhabarkan oleh Nabi Isa as adalah tidak berkata-kata tanpa bimbingan wahyu

"Sebab ia tidak akan berkata-kata daripada dirinya sendiri, tetapi segala sesuatu yang didengarnya itulah yang akan dikatakannya dan ia akan memberitahukan kepadamu hal-hal yang akan datang". (John 16:12)

"Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (an-Najm 53:3-4)

Wayhu ialah sesuatu yang benar..... oleh sebab itu, marilah kita sama-sama mendidik diri supaya berkata-kata jujur dan benar.. sebab orang beriman boleh jadi besifat bakhil dan pemarah.. tetapi mereka tidak akan sesekali berbohong. ^_^

Cinta Yang Terurai ❤

Kulitnya hitam. Wajahnya buruk. Usianya sudah pun beranjak tua. Waktu pertama kali masuk ke rumah wanita itu, hampir saja sang teruna percaya kalau dia berada di rumah hantu. Lelaki kaya dan tampan itu sejenak ragu kembali, sanggupkah dia menjalankan keputusannya? Tapi dia segera kembali pada tekadnya. Sudah diputuskan, dia akan menikahi dan mencintai perempuan itu. Apa pun risikonya.

Suatu saat, tanpa diduga perempuan itu berkata, "Ini emas-emasku yang sudah lama kusimpan. Pakailah untuk mencari wanita idamanmu. Aku hanya mahu status bahawa aku pernah menikah dan pernah menjadi seorang isteri." Tetapi lelaki itu malah menjawab, "Aku sudah memutuskan untuk menikahimu, kita teruskan sahaja dan lihat kemudiannya."

Semua orang berasa hairan. Keluarga itu tetap padu sepanjang hidup mereka dan kukuh tersergam dengan sayang, terhias dengan damai. Bahkan mereka kemudian dikurniakan cahaya mata dengan kecantikan dan ketampanan yang luar biasa. Bertahun-tahun kemudian  banyak orang bertanya rahsia ini padanya. Lelaki itu menjawab santai:

"Aku memutuskan mencintainya. Aku berusaha melakukan yang terbaik. Tapi perempuan itu melakukan semua kebaikan yang mampu dia lakukan untukku. Sampai aku tak pernah merasakan kulit hitam dan wajah jeleknya dalam kesedaranku. Yang kurasakan adalah kenyamanan jiwa yang melupakan aku pada fizikal."

Begitulah cinta terurai menjadi kehidupan.
 Ukuran pemeriksaan adalah ketika ia bersemi dalam hati... terkembang dalam kata... terurai dalam tingkah laku... kalau hanya berhenti dalam hati, itu cinta yang lemah dan tidak berdaya... Kalau hanya berhenti dalam kata, itu cinta yang disertai kepalsuan dan tidak nyata...

Kalau cinta sudah terurai menjadi kehidupan, cinta itu sempurna umpama pokok, akarnya berjurai utuh dalam hati, batangnya tegak dalam kata, buahnya berjumbai dalam perilaku. Persis seperti iman, terpateri dalam hati, terucap dalam lisan, dan dibuktikan oleh amal.

Semakin dalam kita merenungi makna cinta, semakin kita temukan fakta besar ini; bahawa cinta hanya kuat ketika ia datang dari peribadi yang mulia. Bahawa kekukuhan cinta hanya mungkin lahir daripada peribadi unggul yang juga punya kekukuhan. Kerana cinta adalah keinginan baik kepada orang yang kita cintai yang harus terlihat setiap saat sepanjang bersama.

Rahsia daripada sebuah hubungan yang sukses bertahan dalam waktu lama ialah bukti cinta itu berterusan. Yang dilakukan para pencinta sejati di sini adalah memberi tanpa henti. Hubungan bertahan lama bukan kerana perasaan cinta yang bersemi dalam hati, tapi sebab kebaikan tanpa henti yang dilahirkan oleh perasaan cinta itu.

Seperti lelaki itu, yang terus membahagiakan isterinya, setelah ia memutuskan mencintainya. Dan isterinya, yang terus menerus melahirkan kebaikan daripada kasih sayang tanpa henti. Cinta yang tidak terurai menjadi kehidupan ialah jawapan atas angka-angka penceraian yang semakin menganga lebar dalam masyarakat kita.

Memang tidak mudah menemukan cinta yang ni, tapi harus begitulah cinta, seperti kata Imam Syafie:

Kalau sudah ada cinta di sisimu
Semua kan jadi tak terkawal
Dan semua yang ada di atas tanah
Hanyalah tanah jua