Sunday, 24 June 2012

Penciptaan Langit Dan Bumi Adalah Dalam Enam Masa

[10:3] Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa.

BETULKAH DALAM 6 MASA ?


[41:9] Katakanlah: "Sesungguhnya patutkah kamu kafir kepada yang menciptakan bumi dalam dua masa.

[41:10] Dan Dia menciptakan di bumi itu gunung-gunung yang kukuh di atasnya. Dia memberkahinya dan Dia menentukan padanya kadar makanan-makanan (penghuni)nya dalam empat masa.

[41:12] Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa.

Sekarang kiralah sendiri : 2(bagi bumi) + 4(kadar makanan) + 2(bagi langit) = LAPAN hari; dan BUKAN ENAM !!!

Apa respon anda sesudah membaca terjemahan ayat di atas?

KENTALKAN IMAN !!
jangan terdetik walau sedikit pun keraguan terhadap ayat Allah, sebab kita sudah maklum dan pasti, bahawa Qur'an tidak mungkin terdapat percanggahan ayat dalamnya.

Namun persoalannya bagaimana dengan ayat ini.......................................?



Inti yang ditanyakan adalah persoalan logika dan bukan matematik murni seperti yang dijelaskan kerana hal ini bersangkut dengan kegiatan nyata. Dalam hal ini terjadi kesalahan iaitu 2(bagi bumi) + 4(kadar makanan) + 2 (bagi langit) = LAPAN hari, sebab boleh jadi kenyataan untuk kegiatan tahap I pembuatan bumi sendiri dalam 2 masa, sedangkan tahap I dilakukan juga pembuatan langit secara bersamaan iaitu dalam 2 masa, dan tahap  II pembuatan makanan, dll dalam 4 masa, sehingga total yang diperlukan hanya 6 masa, sesuai dgn Qs. Yunus 3 dan beberapa ayat lain.

Hai, pada mulanya aku memang pening memikirkan fasal ini. Jawapan tersebut bersumberkan rakan-rakan yang arif yang belajar memahami tafsir al-Qur'an, dalam satu perjumpaan maya.



Tambahan untuk penjelasan di atas... ibarat membuat rumah berserta kelengkapannya memerlukan asas dan kerangka rumah(bumi) perlukan 2 masa, sekarang ketika membuat asas dan kerangka rumah sekaligus dipasangkan juga kelengkapan alatan rumah(langit) yang diperlukan misalnya perpaipan dan lain-lain. Asas dan kerangka rumah memerlukan 2 masa begitu juga kelengkapan rumah memerlukan 2 masa, tentu pengumpulan waktunya bukan 4 masa tapi cukup 2 masa.


Sebenarnya persoalan tersebut banyak dijumpai di website-website pendakwah kristian, mengapa harus mencari-cari kesalahan agama lain jika mahu menyebarkan agama sendiri, sedangkan kitab sendiri yang diakui suci juga diketahui olehnya banyak kesalahan.

Demikianlah akibatnya jika hanya membaca kitab al-Qur'an hanya dengan penterjemahan secara langsung saja, lebih-lebih lagi jika pemikirannya adalah 'straight to the point'. Inilah KALAMULLAH, malahan kerana bahasanya indah kalaupun kita kepayahan untuk memahaminya.



Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran. 

Statement di bawah adalah copaste. kerana ia sesuai dijadikan nasihat. 



Jika hidup sekadar hidup
  Babi di hutan juga hidup
  Kalau bekerja sekadar bekerja
  Kera juga bekerja
  (Prof. Dr. Madya Hamka, Alm)

Jika percaya setakat percaya
  Penyembah pokok dan batu pun percaya
  Jika yakin sekadar yakin
  Penyembah Zeus dan puluhan "tuhan anak"-nya pun yakin

Andai keyakinan tidak boleh diganggu
  Kerana datangnya dari hati
  Lalu ...
  Apakah itu bererti semua keyakinan & kepercayaan itu BENAR???

Tentu tidak mungkin semua keyakinan itu benar
  Mustahil semua kepercayaan itu benar
  Tidak mungkin Tuhan menurunkan banyak kebenaran
  Tuhan pasti hanya menurunkan 1 ajaran yang masih MURNI

Apa buktinya?
  Bukan kata orang, kerana orang itu tak sempurna
  Bukan kata media, kerana media buatan orang
  Bukan kata mereka, kerana lain orang lain pendapat

Bukti terkuat ialah "KATA TUHAN"
  Bukti terkuat ialah Firman Tuhan
  Bukti terkuat ialah KITAB DARI TUHAN

Jika benar dari Tuhan
  Maka tak boleh ada kesalahan sedikitpun di dalamnya
  Dari segi sastera, matematik, astronomi, anatomi, sains DLL

Sunday, 10 June 2012

Semua Cantik :)

Thread kali ni aku nak sound golongan wanita okay. Untuk wanita ISLAM. Actually aku pun tak suka sound2 orang ni. Tapi teguran ini adalah untuk kebaikan awak dan saya. Hahaha gedik je. Saya tahu awak sangat suka bersolek. Kadang-kadang. awak sanggup dress up dalam bilik sorang-sorang kan?... hanya dengan alasan mahu snap picture untuk ditayangkan dalam PESBUK. Tak mengapalah sebab saya faham, awak memang kepingin dipandang cantik. Itu memang fitrah. Wanita mana pula yang ingin dipandang hodoh? Mana? Mana? Mana?

Tapi..............................

Awak kena tahu.....

Kecantikan awak bukanlah untuk tayangan free bagi lelaki ajnabi macam saya. Itu wanita murahan namanya dan tak sesuai dengan apa yang disyariatkan oleh agama kita. Betul tak?
Actually, boleh je awak nak tayang kecantikan awak tu, dengan syarat awak tutup aurat dengan sempurna, tidak bertabarruj dan dengan gaya yang sopan. Tapi keunikan awak ni dah tak special lah untuk sang suami kan? Sayangnyaa~

Humph... Awak post gambar-gambar awak yang tidak menutup aurat itu dalam facebook. Hukumnya haram berdosa sebanyak mata memandang. Manusia memang pandang remeh kan bab aurat? Lelaki sememangnya dijadikan Tuhan memandang indah kepada perempuan, buktinya ada di sini. Dan syahwat sememangnya satu makhluk yang berkuasa dalam diri seorang lelaki. Boleh jadi seorang lelaki ambil gambar awak, simpan dalam phone, print dan sebagainya, then mereka tunjukkan pada kawan-kawan and sebar-sebarkan. Jahat kan ? Tapi bukan saya tau! 

Hai, itu memang padanlah dengan wanita yang cantik macam awak. Pasti menjadi kegilaan ramai.

OH ! Macam mana pula dengan awak yang mengedit gambar? Saya tengok awak edit pic awak putih melepak. Dah mengalahkan orang korea kan? Cukuplah. Itu bukanlah hakikat kecantikan. Awak sebenarnya sedang berpura-pura dan berbangga dengan kecantikan yang dusta. Awak... ingatlah keayuan itu fana' dan semua orang akan menjadi tua :). Bahkan saya jua. Hmm, Tuhan tidak menilai kita melalui wajah dan rupa paras, tetapi melalui hati. :)

"Tidak mengapalah seandainya kau tidak memiliki wajah yang cantk untuk menjadi rebutan dan sebutan ramai manusia, asal kau punya akhlak yg baik yg menjadi kebanggaan agama, Allah dan rasulmu. itu sudah terlebih baik dan amat cantik." (Saidatina Khadijah)

Usahlah awak risau memikirkan kalau awak tak cantik, sebab awak akan cantik juga nanti di syurga. Betul tak?

Awak... Pernah tak awak terfikir.....?


Bagaimana keadaan facebook setelah awak meninggal dunia? Password pula hanya awak yang tahu dan gambar awak yang sexy-mexy tu pula akan abadi dalam facebook sampailah dunia kiamat. Macam mana dengan saham? Awak telah menabung dosa selama itu. Dan yang pasti gambar-gambar awak tu tak mungkin akan menyelamatkan awak daripada azab kubur kan? Boleh saja awak mati setelah ini, bahkan ketika sedang membaca thread ni pun awak boleh meninggal dunia. Seram tak?

Jadi... melalui tulisan ini saya mahu awak berfikir, manakah jalan yang awak akan ikut. Fikirlah dan jangan mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan. ^_^

# Huu~ Portugal kalah 1-0 dengan German T-T

Saturday, 9 June 2012

Pertanyaan Menentang Daripada Seorang Non Muslim

Dua orang yang hampir dengan Nabi Muhammad meragukan kenabiannya & menolak memeluk Islam, iaitu isteri dan pak cik baginda?
Jika org terdekatnya tidak menerima Islam dan meragukan kenabiannya, bererti Islam itu banyak keanehan dan nabi muhammad pun aneh.


GILA !


Pertanyaan yang "kacang" namun mempunyai pengaruh yang tinggi dalam menggugat keteguhan iman seorang muslim yang kurengg ilmunya. hahaha.  Aku kagum dengan pemikirannya walaupun "kolot". Statement yang diketengahkan untuk menghancurkan muslimers dipatahkan kembali oleh beberapa orang rakan seagama. Ha3.


A : Ternyata ada hikmah di sebalik keraguan pak cik & hamba Nabi Muhammad SAW, yakni Abu Lahab & Ummu Jamil yang memusuhi bahkan melemahkan penegakan risalah Islam yang dibawa oleh anak saudaranya. Andai pada waktu itu penegakan risalah Islam tiada mendapatkan halangan apapun baik daripada pihak luar ataupun daripada pihak keluarga beliau sendiri, yang dikhuatirkan kelak di masa nanti Islam justeru didakwa oleh para non muslim, hanyalah ajaran adat buatan orang Arab.


B : I
ngat, anak dan isteri Nabi Nuh juga tidak percayakan khabar dari Nuh,

ayah Ibrahim penyembah berhala juga tidak mempercayai anaknya...
~Orang yahudi juga tidak percaya kebenaran Jesus.. hinggakan mereka beramai2 mencari Jesus untuk dibunuh di kayu salib...

Konklusinya Jesus jauh lebih aneh kan... tapi bukan begitu cara berfikirnya hai kawan yang hansome...
Berbual logik itu memang pelik, tapi begitulah garis Tuhan...

Kritikan untuk thread anda... isteri nabi itu malahan ialah orang pertama yang paling percaya kenabian Muhammad, pak ciknya juga percaya pada Muhammad, dia hanya enggan untuk menunjukannya di depan umat, tapi dia sangat percaya, sebab itulah pak cik beliau adalah salah satu tokoh utama yang membelanya mati-matian.

Baca sejarah biarlah lengkap ya kawan....

# Terlalu banyak musuh Islam di dunia ni, ingatlah musuh-musuh Islam hanya fokus mencari titik kelemahan Islam saja. Tak dapat dinafikan bahawa Islam ialah agama daripada Tuhan, sehingga mahu dibantah dengan cara apa pun tetap juga tak akan terbantahkan. 

Tuesday, 5 June 2012

Pohon Epal Dan Budak Lelaki


Suatu ketika, hiduplah sebatang pohon epal besar dan seorang budak lelaki yang gembira bermain-main di bawah pohon epal itu setiap hari. Dia suka memanjatnya hingga ke pucuk pohon, makan buahnya, tidur di keteduhan rendang daun-daunnya. Budak lelaki itu sangat mencintai pohon epal itu. Demikian pula pohon epal sangat mencintai budak kecil itu.
        Waktu terus berlalu. Budak lelaki itu kini telah tumbuh besar dan tidak lagi bermain-main dengan pohon epal itu setiap harinya. Suatu hari dia mendatangi pohon epal. Wajahnya tampak sedih.
“Marilah ke sini bermain-main lagi denganku,” pinta pohon epal itu.

“Aku bukan budak kecil yang bermain-main dengan pohon lagi,” jawab budak lelaki itu.
“Aku ingin sekali memiliki mainan, tapi aku memiliki wang untuk membelinya.”

          Pohon epal itu menyahut, “Aduhai, maaf aku pun tak ada wang… tetapi kau boleh mengambil semua buah epalku dan menjualnya. Kau akan mendapatkan wang untuk membeli mainan kegemaranmu.”
         Budak lelaki itu sangat gembira. Lalu dia memetik semua buah epal yang ada di pohon dan pergi dengan penuh suka cita. Namun, setelah itu budak lelaki itu tak pernah kembali. Pohon epal itu kembali sedih.

Suatu hari budak lelaki itu datang lagi. Pohon epal sangat senang melihatnya datang.
“Marilah bermain-main denganku lagi,” kata pohon epal.

“Aku tak punya waktu,” jawab budak lelaki yang kian membesar.

“Aku harus bekerja untuk keluargaku. Kami memerlukan sebuah rumah untuk tempat tinggal. Mahukah kau menolongku?”

“Aduhai, maaf aku pun tak memiliki rumah. Tapi kau boleh menebang semua dahan rantingku untuk membina rumahmu,” kata pohon epal. Kemudian budak lelaki itu menebang semua dahan dan ranting pohon epal itu dan pergi dengan gembira.

          Pohon epal itu juga berasa bahagia melihat budak lelaki itu senang, tapi budak lelaki itu tak pernah kembali lagi. Pohon epal itu berasa sepi dan sedih.
          Pada suatu musim panas, budak lelaki itu datang lagi. Pohon epal berasa sangat bersuka cita menyambutnya.
“Marilah bermain-main lagi deganku,” kata pohon epal.

“Aku sedih,” kata budak lelaki yang sudah lanjut usia dimakan waktu.

“Aku sudah tua dan ingin hidup tenang. Aku ingin pergi becuti dan berlayar. Mahukah kau memberi aku sebuah kapal untuk bersiar?”

“Aduhai, maaf aku tak punya kapal, tapi kau boleh memotong batang tubuhku dan menggunakannya untuk membuat kapal yang kau mahu. Pergilah berlayar dan bersenang-senanglah.” Kemudian, budak lelaki itu memotong batang pohon epal itu dan membuat kapal yang diidamkannya. Lalu dia pergi berlayar dan tak pernah lagi datang menemui pohon epal itu.
Akhirnya, budak lelaki itu datang lagi setelah bertahun-tahun kemudian.
“Maaf anakku,” kata pohon epal itu.
“Aku sudah tak memiliki buah epal lagi untukmu.”

“Tak apa. Aku pun sudah tak memiliki gigi untuk mengigit buah epalmu,” jawab budak lelaki itu.

“Aku juga tak memiliki batang dan dahan untuk kau panjat,” kata pohon epal.

“Sekarang, aku sudah terlalu tua untuk itu.”

“Aku benar-benar tak memiliki apa-apa lagi yang dapat aku berikan padamu. Yang tersisa hanyalah akar-akarku yang sudah tua dan hampir mati ini,” kata pohon epal itu sambil menitiskan air mata.

“Aku tak memerlukan apa-apa lagi sekarang,” kata budak lelaki.
“Aku hanya memerlukan tempat untuk berehat. Aku sangat lelah setelah sekian lama meninggalkanmu.”

“Oh, bagus sekali. Tahukah kau, akar-akar pohon tua adalah tempat terbaik untuk berbaring dan berehat. Mari, marilah berbaring di pelukan akar-akarku dan berehatlah dikau dengan tenang.”
Budak lelaki itu berbaring di pelukan akar-akar pohon.
Pohon epal itu sangat gembira dan tersenyum sambil menitiskan air matanya.....Ini adalah cerita tentang kita semua. Pohon epal itu adalah orang tua kita. Ketika kita muda, kita gembira bermain-main dengan ayah dan ibu kita.

Ketika kita tumbuh besar, kita meninggalkan mereka, dan hanya datang ketika kita memerlukan sesuatu atau dilanda kesulitan. Tak peduli apa pun, orang tua kita akan selalu ada untuk memberikan apa yang dapat mereka berikan untuk membuat kita bahagia. Anda mungkin berfikir bahawa budak lelaki itu telah bertindak sangat kasar pada pohon itu, tetapi begitulah cara kita memperlakukan orang tua kita.

Dan, yang terpenting, cintailah orang tua kita. Sampaikan pada ibu dan ayah kita sekarang, betapa kita mencintainya; dan berterima kasih atas seluruh hidup yang telah dan akan diberikannya pada kita. :')

Monday, 4 June 2012

Paku Di Tiang


          Dahulu  waktu yang silam, tinggal seorang ikhwah yang mempunyai seorang anak lelaki bernama Mat. Mat membesar menjadi seorang yang lalai melaksanakan seruan agama. Meskipun telah banyak ajakan kebaikan dan nasihat, seruan dan perintah daripada ayahnya agar ia bersolat, puasa, zakat dan lain-lain, tetap juga ditinggalkannya. Sebaliknya amal kejahatan pula yang menjadi rutinitasnya.


          Suatu hari ikhwah tersebut memanggil anaknya dan berkata, "Mat, kau ini sangat lalai dan terlalu banyak berbuat kemungkaran. Mulai hari ini akan aku tancapkan satu paku ke tiang di tengah halaman rumah kita. Setiap kali kau berbuat satu kejahatan, maka aku tancapkan satu paku ke tiang ini. Dan setiap kali kau berbuat satu kebajikan, sebatang paku akan kucabut keluar dari tiang ini". Ayahnya berbuat seperti mana yang dijanjikan, setiap hari ia akan memukul beberapa batang paku ke tiang tersebut. Kadang-kadang sampai berpuluh paku dalam satu hari. Jarang-jarang benar dia mencabut keluar paku dari tiang.


          Hari silih berganti, beberapa purnama berlalu, dari musim hujan berganti kemarau panjang. Tahun demi tahun beredar. Tiang yang berdiri utuh di halaman kini telah hampir dipenuhi dengan tusukan paku-paku dari bawah sampai ke atas. Hampir setiap permukaan tiang itu dipenuhi dengan paku-paku. Ada yang berkarat dek hujan dan panas. Setelah melihat keadaan tiang yang bersusukan dengan paku-paku yang menjijikkan tersebut, timbullah rasa malu. Maka dia pun beniat untuk memperbaiki dirinya. Mulai detik itu, Mat mulai sembahyang. Hari itu saja lima butir paku dicabut ayahnya dari tiang. Besoknya sembahyang lagi ditambah dengan sunnah-sunnahnya. Lebih banyak lagi paku tercabut. Hari berikutnya Mat tinggalkan sisa-sisa maksiat yang melekat. Maka semakin banyaklah tercabut paku-paku tadi. Hari demi hari, semakin banyak kebaikan yang Mat lakukan dan semakin banyak maksiat yang ia tinggalkan, hingga akhirnya hanya tinggal sebatang paku yang tinggal melekat di tiang.


          Maka ayahnya pun memanggil anaknya dan berkata, "Lihatlah anakku, ini paku terakhir, dan aku akan mencabutnya sekarang. Tidakkah kamu gembira?" Mat merenung pada tiang tersebut, dia mulai menangis tersedak-sedak. "Kenapa anakku?" tanya ayahnya, "Aku menyangka kau gembira sebab semua paku-paku tadi telah tiada". Dalam nada yang sayu Mat mengeluh, "Wahai ayahku, sungguh benar katamu, paku-paku itu telah tiada, tapi aku bersedih lubang-lubang dari paku itu tetap ada ditiang, bersama dengan karatnya".


           Sesuatu yang dimuliakan, dengan dosa-dosa dan kemungkaran yang seringkali diulangi hingga akan menjadi suatu kebiasaan, walaupun kita mungkin mampu mengatasinya  secara beransur-ansur, tetapi ingatlah bahawa bekas yang ia tinggalkan tidak akan hilang. Dari situ, pabila kita merenungi untuk melakukan suatu kemungkaran, ataupun sedang berniat melakukan kemungkaran, maka berhentilah.

Sebab..........

Tiap kali kita bergelumang dalam kemungkaran, maka kita telah membenamkan sebatang paku lagi yang akan meninggalkan bekas lubang pada jiwa kita, meskipun paku itu kita cabut kemudiannya. Apa lagi kalau kita biarkan sampai berkarat dalam diri ini sebelum dicabut. Lebih-lebih lagilah kalau dibiarkan berkarat dan tak dicabut. ^_^