Sunday 8 July 2012

Berbuat Baik Kepada Orang Lain Merupakan Kelapangan Dada

INDAH seperti namanya, baik seperti bentuknya, bagus seperti rasanya. Orang yang pertama kali mengambil manfaat dan membahagiakan orang lain adalah mereka yang mempunyai keunggulan dalam kebahagiaan ini. Mereka memetik buahnya secara terus pada jiwa mereka, perilaku mereka dan hati mereka, mendapatkan kelapangan dada, kebahagiaan, ketenangan dan ketenteraman.

          Jika kamu diliputi oleh perasaan susah, maka lakukanlah kebaikan kepada orang lain, dan berikanlah hadiah yang baik kepada mereka, nescaya kamu akan mendapat jalan keluar daripada kesusahanmu dan bertemu pula dengan kesenangan. Berilah orang yang tidak memiliki apa-apa, tolonglah orang yang teraniaya, selamatkanlah orang yang kesulitan, berilah makan kepada orang yang kelaparan, kunjungilah orang yang kesakitan, dan sabarkanlah orang yang kesedihan, kamu pasti akan menemui kebahagiaan yang menyelimutimu dari hadapan dan belakang.

          Perbuatan yang baik bagaikan kasturi yang memberi manfaat kepada orang yang membawa penjual dan pembelinya. Kebiasaan yang baik pada diri seseorang itu merupakan puding yang penuh barakah yang dijual di dalam jiwa manusia yang hatinya dimakmurkan oleh kebaikan.

          Menebarkan senyuman yang indah pada orang yang krisis akhlak merupakan sedekah di alam semesta. Rasulullah saw bersabda,

"Walaupun kamu menemui saudaramu dengan wajah yang riang."

          Sesungguhnya wajah yang murung petanda pertempuran yang sengit terhadap orang lain yang tiada seorang pun mengetahui bilakah akan terjadinya, kecuali Tuhan Yang Maha Mengetahui perkara-perkara ghaib.

          Seteuk air dari telapak tangan seorang penzina, yang diperuntukkannya bagi seekor anjing gila telah membuat dirinya masuk syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, kerana Tuhan amat menyenangi perbuatan baiknya. Dialah Tuhan yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji dan memberi rahmat kepada sesiapa yang dikehendakinya.

         Wahai orang yang dirundung oleh kesedihan dan ketakutan, mari kita menuju ke taman kebaikan dan peduli kepada orang lain, baik itu pemberian, jamuan dan bantuan, mahupun kegiatan sosial. Nescaya kamu akan mendapat kebahagian beraneka rasa dan warna,

Allah swt berfirman:

"Padahal tidak ada seorang pun memberikan suatu nikmat kepadanya yang harus dibalasnya." (al-Lail : 19)
           Tetapi dia memberikan itu senata-mata kerana mengharapkan keredhaan daripada Tuhannya Yang Maha Tinggi dan kelak dia benar-benar akan mendapat kepuasan.

oleh : Dr. 'Aidh Abdullah al-Qarni