Sunday 18 March 2012

Carta Cinta





Markah GEOGRAFI saya teruk
Tapi kukatakan padamu
Engkau TERLETAK rapi di hatiku

Ingatan SEJARAH saya kurang
Tapi masih dapat kuKISAHkan
Ketika pertama kali kuberjumpa dirimu

Rekod KIMIA saya merah
Namun aku tahu bagaimana REAKSI
Dalam hatiku saat melihat senyumanmu


Saya kurang pandai dalam hal FIZIK
Tapi saya dapat jelaskan
KEAMATAN jernihnya cahaya kedua mataku
Saat keduanya melihatmu

Aku bodoh dalam SEGALA HAL
Namun dapat kukatakan pada semua orang
Bahawa aku sanggup mengatakan semua hal
Jika itu berkaitan TENTANG DIRIMU

I am bad in ENGLISH But I still can say:
I LOVE YOU FULL



Aku memang mencintaimu sepenuh jiwa ragaku
Namun Aku lebih mencintai Allah & Rasul-ku

“TIDAK BERIMAN seorang kalian hingga aku lebih dicintai daripada orang tuanya, anaknya & seluruh manusia.”
(HR Bukhari & Muslim)

Tak layak bagi manusia mencintai makhluk lebih daripada PENCIPTAnya.

Tinggalkanlah Perdebatan Yang Tidak Bermakna

Bijak sungguh kau bermain kata meminta hujat. Tatkala hujat sudah diberi, kau balas pula dengan emosi. Kata-kata kesat, penghinaan, cacian dan makian yang kau lemparkan. Jika kau minta hujjah tetapi untuk dipersendakan, maka terlepaslah kau dari diriku. Kerana, bukannya itu jalan untuk meninggikan kebenaran. Dan bukannya kebenaran yang kau mahukan sebenarnya.

"Aku mnjamin sebuah rumah di persekitaran syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan sekalipun dia berada di sebelah kebenaran."
(Hadis Riwayat Abu Daud
)



Nabi SAW bersabda : “Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan se mudah2 ibadat dan se senang2 atas tubuh, ialah diam dan baik perangai.”(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim)


Banyak diam tak semestinya bodoh, banyak cakap tidak semestinya bijak, 
sebab kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh banyak bicara.

Friday 16 March 2012

Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yang Aku Idam-idamkan?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (al-Baqarah 2:216)

Kepada Siapa Aku Berharap?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selainNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal." (at-Taubah 9:219)


"Sesungguhnya, aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah."(Yusuf 12:86)

Apabila segala perancangan kita
Tak menjadi seperti yang diharapkan
Tetap senyumlah dan ingatlah...
Allah


Sebab manusia merancang dengan cita-cita

Sedang ALLAH merancang dengan CINTA
Selalu memberi yang terbaik untuk hambaNYA

Tuesday 13 March 2012

Kata-kata Nabi saw Yang Sentiasa Benar

Salah satu karakteria daripada Nabi Muhammad saw yang dikhabarkan oleh Nabi Isa as adalah tidak berkata-kata tanpa bimbingan wahyu

"Sebab ia tidak akan berkata-kata daripada dirinya sendiri, tetapi segala sesuatu yang didengarnya itulah yang akan dikatakannya dan ia akan memberitahukan kepadamu hal-hal yang akan datang". (John 16:12)

"Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (an-Najm 53:3-4)

Wayhu ialah sesuatu yang benar..... oleh sebab itu, marilah kita sama-sama mendidik diri supaya berkata-kata jujur dan benar.. sebab orang beriman boleh jadi besifat bakhil dan pemarah.. tetapi mereka tidak akan sesekali berbohong. ^_^

Cinta Yang Terurai ❤

Kulitnya hitam. Wajahnya buruk. Usianya sudah pun beranjak tua. Waktu pertama kali masuk ke rumah wanita itu, hampir saja sang teruna percaya kalau dia berada di rumah hantu. Lelaki kaya dan tampan itu sejenak ragu kembali, sanggupkah dia menjalankan keputusannya? Tapi dia segera kembali pada tekadnya. Sudah diputuskan, dia akan menikahi dan mencintai perempuan itu. Apa pun risikonya.

Suatu saat, tanpa diduga perempuan itu berkata, "Ini emas-emasku yang sudah lama kusimpan. Pakailah untuk mencari wanita idamanmu. Aku hanya mahu status bahawa aku pernah menikah dan pernah menjadi seorang isteri." Tetapi lelaki itu malah menjawab, "Aku sudah memutuskan untuk menikahimu, kita teruskan sahaja dan lihat kemudiannya."

Semua orang berasa hairan. Keluarga itu tetap padu sepanjang hidup mereka dan kukuh tersergam dengan sayang, terhias dengan damai. Bahkan mereka kemudian dikurniakan cahaya mata dengan kecantikan dan ketampanan yang luar biasa. Bertahun-tahun kemudian  banyak orang bertanya rahsia ini padanya. Lelaki itu menjawab santai:

"Aku memutuskan mencintainya. Aku berusaha melakukan yang terbaik. Tapi perempuan itu melakukan semua kebaikan yang mampu dia lakukan untukku. Sampai aku tak pernah merasakan kulit hitam dan wajah jeleknya dalam kesedaranku. Yang kurasakan adalah kenyamanan jiwa yang melupakan aku pada fizikal."

Begitulah cinta terurai menjadi kehidupan.
 Ukuran pemeriksaan adalah ketika ia bersemi dalam hati... terkembang dalam kata... terurai dalam tingkah laku... kalau hanya berhenti dalam hati, itu cinta yang lemah dan tidak berdaya... Kalau hanya berhenti dalam kata, itu cinta yang disertai kepalsuan dan tidak nyata...

Kalau cinta sudah terurai menjadi kehidupan, cinta itu sempurna umpama pokok, akarnya berjurai utuh dalam hati, batangnya tegak dalam kata, buahnya berjumbai dalam perilaku. Persis seperti iman, terpateri dalam hati, terucap dalam lisan, dan dibuktikan oleh amal.

Semakin dalam kita merenungi makna cinta, semakin kita temukan fakta besar ini; bahawa cinta hanya kuat ketika ia datang dari peribadi yang mulia. Bahawa kekukuhan cinta hanya mungkin lahir daripada peribadi unggul yang juga punya kekukuhan. Kerana cinta adalah keinginan baik kepada orang yang kita cintai yang harus terlihat setiap saat sepanjang bersama.

Rahsia daripada sebuah hubungan yang sukses bertahan dalam waktu lama ialah bukti cinta itu berterusan. Yang dilakukan para pencinta sejati di sini adalah memberi tanpa henti. Hubungan bertahan lama bukan kerana perasaan cinta yang bersemi dalam hati, tapi sebab kebaikan tanpa henti yang dilahirkan oleh perasaan cinta itu.

Seperti lelaki itu, yang terus membahagiakan isterinya, setelah ia memutuskan mencintainya. Dan isterinya, yang terus menerus melahirkan kebaikan daripada kasih sayang tanpa henti. Cinta yang tidak terurai menjadi kehidupan ialah jawapan atas angka-angka penceraian yang semakin menganga lebar dalam masyarakat kita.

Memang tidak mudah menemukan cinta yang ni, tapi harus begitulah cinta, seperti kata Imam Syafie:

Kalau sudah ada cinta di sisimu
Semua kan jadi tak terkawal
Dan semua yang ada di atas tanah
Hanyalah tanah jua

Bagaimana Aku Memahami Apakah Aku Baik Atau Tidak

Pertama, cuba zahirkan sifat aslimu kepada orang yang betul-betul soleh, jika mereka menyenanginya, maka engkau baik, jika tidak maka engkau tidak baik.

Kedua, apabila ditawarkan kepadamu segala kesenangan dunia. Apa yang paling kau sukai dari pelbagai nikmat di dunia ini, jika kau menolaknya maka itu membuktikan bahawa engkau baik.

Yang paling pasti dan paling mudah adalah cara ketiga. Cobalah tawarkan MAUT pada dirimu. Jika dirimu mengharapkannya, maka itu membuktikan baik dan bersedia menghadapi hari kiamat kecil. Tetapi jika tidak mahu malah membencinya, maka engkau tidak baik, banyak dosa, sedikit amalan, takut pada hari pembalasan dan sebagainya.

Mari aminkan doa untuk diri dan saudara2 kita:
YA ALLAH, tetapkanlah Islam sebagai agamaku di akhir hayatku
Lindungilah kami daripada usia tua yang hina
Lindungilah kami daripada sakaratul maut
Lindungilah kami darpada  seksa kubur
Jauhkanlah kamu daripada azab neraka

Amanah Daripada Tuhan (^_^)

Jika Rasulullah Muhammad saw hanya mengurus akhlak diri sendiri tanpa mengambil berat tentang akhlak orang lain, maka mungkin saat ini Islam tidak akan sampai kepada kita, dan mungkin kita sudah kafir oleh Belanda ataupun Portugis yang membawa misi Gold, Gospel, Glory,

Tahukah saudara bahawa dakwah menyampaikan kebenaran Islam adalah PADA KITA SEMUA, bukan hanya pada ustaz tetapi KEWAJIPAN SETIAP MUSLIM? (QS 3:110)

QS 3:20      Kewajipan kamu hanyalah menyampaikan
 
QS 42:48    Kewajipanmu tidak lain hanyalah menyampaikan (^_^)
  
QS 16:82    Kewajipan yang dibebaskan atasmu hanyalah menyampaikan

Sampaikanlah dariku mekipun cuma 1 ayat (Muslim & Bukhari)

Tidak sempurna iman seorang Muslim hinggalah dia menyayangi Muslim lain seperti dirinya sendiri. Dan salah satu wujudnya kasih sayang itu ialah amar ma'ruf nahi munkar.

BANYAK ORANG AMAR MA'RUF, NAMUN JARANG YANG BERANI NAHI MUNKAR


Monday 12 March 2012

Japan Tears Drip


Japan
Fierce disaster befall your well-known fort
Annihilation in south-east part
Ferocious misfortune befall your popular town
Till men buried deep down
Peaceful escaped, bedlam appears
You weep, shaking from fears

Japan
Brainy folks ruined swiftly
Yet, glorious inspiration vanish abruptly
Sophisticated technology smashed in seconds
Yet, picturesque village awash in moment
Swallowed by prodigious monster
Bumped by enormous water
Sounding the melancholy melody
For lost of the property

Country of Radiance,
Mettlesome your heart, consolidate your mast
In the name of God, welfare will be in your grasp
This memoir etched in this masterpiece forever
Great phenomenon of Japan ever
Me disquiet, cause me townsman of Asia
From your comrade, Malaysia
*Pertandingan sajak antarabangsa

Golongan Yang Sedikit

Sudahkah kita bersyukur pada hari ini atas nikmat yang telah dikurniakan oleh yang Maha Kurnia?


Saat mencelikkan mata dari tidurmu, adakah seuntai kata pujian untuk diucapkan kepada Tuhan yang menggenggam setiap nyawa? Apabila kau menghirup nafas pertama di hari yang baru, adakah kau bersyukur dengan nikmat itu? Tuhan memberimu kesempatan untuk bertaubat. Tahukah kamu hidup ini hanya antara dua nafas? Baik sedutan ataupun hembusan, kita boleh saja mati antara dua reaksi fizikal itu.


Wahai Tuhan, di sini jiwaku menyedari, nikmat daripadaMu tidak mungkin dapat dihitung.


Apakah sesuatu yang datangnya bukan dari Allah? Adakah benda yang kamu dapati itu, bukan kurniaan Tuhan? Semua yang kita miliki dari permulaan hingga kini, semuanya pemberian daripada Tuhan. Wahai diri, kau patut mensyukuri nikmat ini.

-------------------------------------------------------------------
Akan tetapi, amat sedikit antara hambaMu yang berterima kasih. Pada suatu masa dahulu, hidup seorang hamba Allah. Suatu hari dia bermimpi dibawa oleh dua malaikat ke langit. Tiba di suatu tempat, terlihatlah olehnya ramai malaikat sedang bekerja dan semua malaikat di situ kelihatan sibuk.


Lalu dia bertanya kepada malaikat yang membawanya ke situ, "Tempat apakah ini?". Malaikat itu menjawab,"Ini adalah tempat pengumpulan doa-doa hamba Allah". Kemudian dia dibawa pula ke tempat kedua. Di situ situasinya sama seperti di tempat pertama. Semua malaikat kelihatan sibuk.


Dia pun bertanya lagi, "Tempat apa pula ini?". Jawab malaikat, "Ini adalah tempat pengumpulan doa-doa hamba Allah yang dimakbulkan". Seterusnya dia dibawa ke tempat ketiga. Di situ hanya kelihatan satu malaiakt sahaja sedang bertugas dan malaikat itu bagaikan seperti bekerja dalam keadaan yang sangat relaks.


Lalu dia bertanya, "Ini tempat apa, tempat ini tidak sesibuk tempat yang pertama dan kedua tadi". Malaikat itu berkata, "Ini adalah tempat pengumpulan kesyukuran-kesyukuran hamba Allah".
Subhanallah.. adakah kita termasuk dalam kalangan hambaNya yang bersyukur?


" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh".

Apa Yang Mendorongku Untuk Berdakwah


1) “Dan Kami turunkan kepadamu Al-Kitab (Al-Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu..” (QS. An-Nahl 16: 89)

KEWAJIPAN BERDAKWAH

2) Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.(QS. AN Nahl 16:125) 


3) “Sampaikanlah daripadaku walaupun hanya satu ayat.” (HR. Ahmad, Bukhari, dan Tarmidzi)

4)  “ Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, mencegah dari yang munkar dan beriman kepada Allah…” (Ali Imran 3:110)(pasti akan tersentuh hati setiap kamu apabila terbaca ayat ni kalau kamu org yg berakal)

5) “Hendaklah kalian benar-benar menyuruh perbuatan yang ma’ruf dan benar-benar melarang perbuatan yang mungkar, atau (bila tidak kalian lakukan) Allah akan menjadikan orang-orang jahat di antara kalian berkuasa atas kalian semua (yang akibatnya banyak sekali kejahatan dan kemungkaran diperbuatnya) lalu orang-orang yang baik di antara kalian berdoa (agar kejahatan dan kemungkaran itu hilang) maka doa mereka (orang-orang baik itu) tidak diterima” (HR. Al Bazzar dan At Thabrani). (so... ada saper2 nak halang org yg nak berdakwah ?.. )


6) Katakanlah: “Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik”(Yusuf 12:108)

7) Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, jika ia tidak mampu cegahlah dengan lisannya, dan apabila tidak mampu maka dengan hatinya.  Yang demikian itu adalah selemah-lemah iman. (HR Imam Muslim) 

8) Dari Anas r.a, kami para sahabat r.a bertanya: “Ya Rasullullah s.a.w, kami tidak akan menyuruh orang untuk berbuat baik sebelum kami sendiri mengamalkan semua kebaikan dan menjauhi semua kemungkaran.” Maka Nabi s.a.w bersabda: “ Tidak, bahkan serulah orang untuk berbuat baik, meskipun kalian belum mengamalkan semuanya. Dan cegahlah kemungkaran, meskipun kalian belum menghindari semuanya.” (HR. Thabrani)


GANJARAN BERDAKWAH (dengan ikhlas)

8) “ Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.” (Ali Imran 3:104)

9)”Barang siapa yang menunjukkan pada suatu kebaikan, maka baginya seperti pahala orang yang mengerjakannya.” (HR Ahmad, Muslim, Abu Daud, dan Tarmidzi) 

10) "Barangsiapa yang menyeru/mengajak (orang lain) kepada petunjuk maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala-pahala dari orang-orang yang mengikutinya, yang hal itu tidak mengurangi pahala-pahala mereka sedikit pun, dan barangsiapa yang mengajak kepada kesesatan maka dia akan mendapat dosa seperti dosa-dosa dari orang-orang yang mengikutinya, yang hal itu tidak mengurangi dosa-dosa mereka sedikit pun." (HR. Muslim no.2674)

11) "Barangsiapa yang melakukan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya.Dan barangsiapa yang melakukan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya."( QS. Az-Zalzalah : 7-8 ) 

12) “Bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakan; Dan bahwasanya usahanya itu kelak akan diperlihatkan; Kemudian dia akan diberi balasan yang paling sempurna. (53 : 39-41)


INSPIRASI DAN PENDORONG

13) Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (dengan membawa) petunjuk (Al Qur’an) dan agama yang benar untuk dimenangkan-Nya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukai.(QS. At Taubah 33)

14) “Demi Allah, wahai pakcikku, seandainya mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku agar aku menghentikan seruan dari Tuhanku…ketahuilah pakcik. Aku tidak akan meninggalkannya hingga tiba saat Allah memenangkan agamanya atau aku binasa kerananya”.(Rasulullah) (setiap yang mendengar ayat ini seharusnya tersentuh)

15) Sesungguhnya telah ada pada Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.(QS. Al Ahzab 21)

16) Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah (QS. Fushilat 33)

17) “Ucapkanlah tiada Tuhan kecuali Allah, nescaya kalian menang! (Rasulullah)

18) Ini adalah orang yang dicintai Allah. Ini adalah wali Allah. Ini adalah pilihan atau teman sejati Allah. Ini adalah pilihan Allah. Ini adalah penduduk bumi yang paling dicintai Allah. Allah menjawab seruannya dan dia menyeru manusia kepada apa yang dijawab (diterima) Allah dari dakwahnya dan beramal soleh dalam menjawab seruan Allah dan mengatakan aku termasuk orang muslim. Ini adalah wakil Allah.Dengan demikian jelaslah betapa mulianya kedudukan seorang dai. Dan betapa seorang dai yang memiliki integritas antara ucapan dan perbuatannya merupakan orang-orang pilihan (Imam Hasan al-Basri)

19) "sesungguhnya aku menasihatimu bukanlah bererti aku lah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan jua yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak ada pendakwah.Maka jadi sikitlah orang yang memberi peringatan" (Imam Hasan Al-Basri)

20) Ketahuilah bahawa dakwah ini akan terus dijalankan sampai orang-orang berjalan dari San’a ke Hadramaut dengan aman, dan serigala duduk-duduk di pinggir(tanpa memberikan gangguan)”.(Rasulullah)


PERINGATAN

21)“Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan. Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.” (ash-Shaff:2-3)(bila memikirkan ayat ni, rasa gerun juga) (ini pendorong juga, pendorong untuk kita berdakwah dengan diri sendiri) 

Ujian Iman Untuk Penyembah Jesus

Semak lima mukjizat orang yang percaya pada ketuhanan Jesus ini:

Mark 16 : 17 - 18 :

17) Tanda2 ini akan menyertai orang2 yang percaya: mereka akan mengusir syaitan2 demi namaKu, mereka akan berbicara dalam bahasa2 yang baru bagi mereka. 18) mereka akan memegang ular, dan sekalipun mereka minum racun maut, mereka tidak akan mendapat celaka; mereka akan meletakkan tangannya atas orang sakit, dan orang itu akan sembuh.

Menurut ucapan Jesus dalam Alkitab, tanda2 yang menyertai orang percaya (beriman) ada lima mukjizat, antara lain :

1) Dapat menghalau syaitan.......
2) Dapat berbicara dalam bahasa2 yang baru (asing) yang tidak dikenal......
3) Tidak akan celaka bila memegang ular yang mematikan (berbisa).........
4) Tidak akan mendapat celaka, sekalipun minum racun maut yang mematikan.......
5) Mampu menyembuhkan orang sakit hanya dengan meletakkan tangan di atas org yang sakit......

Inilah petanda keimanan orang Kristen dalam Alkitab .
Dengan adanya petanda orang yang beriman tersebut, maka pertanyaan untuk orang2 Kristian...:

a) Adakah orang Kristian yang berani membuktikan imannya dengan minum racun.........???
b) Adakah orang Kristian yang berani membuktikan imannya dengan memegang ular berbisa.......???
c) Adakah orang Kristian yang boleh berbahasa asing tanpa belajar, kuliah, atau kursus bahasa......???
d) Adakah orang Kristian, lebih-lebih lagi seorang pendeta, yang menyembuhkan jemaahnya hanya dengan meletakkan tangan.......???

Jika mereka dapat sembuhkan pesakit dengan letak tangan, seharusnya klinik Kristian ditutup ja....! ^_^

Jika orang Kristian tidak ada yang mampu membuktikan kelima-lima mukjizat iman seperti jaminan Alkitab....., maka bererti keimanan mereka patut diragukan !!

Jika semua orang Kristian tidak dapat melakukan mukjizat sebagaimana janji Alkitab, maka yang patut dipertanyakan adalah Alkitab !!


Sumber : 1) perdebatan dr zakir naik dgn dr william campbell, April 2004            
              2) perjanjian baru 

Sunday 4 March 2012

Kata Aku dan Kami dalam Al Quran


Seringkali dalam perdebatan muncul syubhat tentang al-Quran, kenapa kadang2 Allah memakai kata Aku (tunggal) dan kadang kadang memakai kata Kami (jamak), hal ini selalu digunakan oleh kaum nasrani dan kaum kufar lainnya untuk menyerang dan menyebarkan syubhat (kekeliruan), serta keraguan atas kebenaran Kitabullah pada kaum muslimin, lalu…. sebenarnya bagaimanakah jawapan atas syubhat tersebut ? berikut adalah jawapan daripada Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah -rahimahullahu taala- :

……………….. salah satu sebab turunnya ayat tersebut adalah perdebatan orang-orang nasrani mengenai yang kabur bagi mereka. Seperti FirmanNya أنا (Ana = Aku) dan نحن (Nahnu = Kami).
Para Ulama mengetahui bahwa makna نحن (Nahnu = Kami) di sini adalah salah satu yang diagungkan dan memiliki pembantu-pembantu. Dia tidak memaksudkannya dengan makna tiga illah. Takwil kata ini yang merupakan penafsiran yang sebenarnya, hanya diketahui oleh orang-orang yang mantap keilmuannya, yang dapat membezakan antara siapa yang dimaksud dalam kata إِيَّا (iyya = hanya kepada) dan siapa yang dimaksud dengan kata إِنَّ (inna = sesungguhnya kami ), sebabnya ialah ikut sertanya para malaikat dalam tugas yang mereka diutus untuk menyampaikannya, kerana mereka ialah para utusanNya.
Adapun berkenaan dengan satu-satunya illah yang berhak diibadahi, maka berlaku bagi-Nya saja. Kerana itu Allah Taala tidak pernah berfirman فإىّن فعبد faiyyana fa’budu = hanya kepada kami, maka beribadahlah).

Setiap kali memerintahkan ibadah, takwa, takut dan tawakal, Dia menyebut diri Nya sendiri dengan nama khususNya. Adapun bila menyebut perbuatan-perbuatan yang dia mengutus para malaikat untuk melakukannya maka Dia berfirman :

إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُبِينًا
sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata (Al Fath : 1)

dan…

فَإِذَا قَرَأْنَاهُ فَاتَّبِعْ قُرْآنَهُ
Apabila Kami telah selesai membacakannya, maka ikutilah bacaanya itu (Al Qiyamah : 18)
dan ayat ayat semisalnya...

Ini, meskipun hakikat makna yang dikandungnya yaitu para malaikat, sifat-sifat mereka dan cara cara Rabb mengutus mereka, tidak dapat diketahui kecuali oleh Allah ta’ala .

Sekali lagi, kerana ‘KAMI’ di sini bukan bentuk jamak ber-angka melainkan jamak majesti, menunjukkan sifat keagungan atau kebesaran, sama sekali tidak menunjukkan jumlah, maka seperti yang saya sudah katakan sebelumnya dilihat dari: Makna harfiah ‘KAMI’ dalam bahasa Melayu umum adalah jamak berangka, ertinya lebih dari satu; sedangkan penggunaan kata ganti yang tepat untuk memadankan kata ganti di bahasa Ibrani dan Arab adalah ‘kami’ kerana ‘kami’ seringkali (dalam bahasa semitik, juga di bahasa Melayu) digunakan untuk merujuk pada orang (tunggal, hanya satu) dengan maksud kesopanan. ‘Kami’ di sini sama sekali tidak bermakna ‘lebih dari satu’.

Qs.21 Anbiyaa: 25. Dan Kami tidak mengutus seorang rasulpun sebelum kamu melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawasanya tidak ada Tuhan melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku".

Kata KAMI digunakan saat Allah mewahyukan dengan perantara Malaikat Jibril, & kata AKU digunakan sebagai perintah menyembah Allah saja.

Orang Arab sendiri akan terpingkal-pingkal kalau melihat cara orang Melayu berusaha menyesatkan orang lain melalui logika aneh bin ajaib seperti ini, yaitu mengatakan Allah itu banyak hanya lantaran di al-Quran Allah seringkali menggunakan kata ganti kami (nahnu). Betapa kerdilnya logika yang dikembangkan, niatnya hanya nak bajet tahu dengan bahasa Arab, sementara orang Arab sendiri mafhum bahwa bahasa mereka istimewa, bahasa yang tertua di dunia.

Tidak semua kata nahnu (kami) selalu bererti pelakunya banyak. Memang benar secara umum kata nahnu menunjukkan jumlah yang banyak, tetapi orang yang bodoh dengan bahasa arab terkecoh besar dengan ungkapan ini. Sebenarnya kata kami tidak selalu menunjukkan jumlah yang banyak, tetapi juga menunjukkan kebesaran orang yang menggunakannya.
Misalnya, seorang presiden dari negara Arab mengatakan begini, "Kami menyampaikan salam kepada kalian", apakah berarti jumlah presiden negara itu ada lima orang? Tentu saja tidak. Sebab kata "kami" yang digunakannya menggambarkan kebesaran negara dan bangsanya, bukan menunjukkan jumlah presidennya.

Tukang beca di pinggir jalan pun tahu bahwa yang namanya presiden di semua negara pastilah jumlahnya cuma satu, tidak mungkin ada lima. Hanya orang bodoh saja yang mengatakan presiden ada lima. Dan hanya orang bodoh tak pernah sekolah saja yang mengatakan bahwa Allah itu ada banyak, hanya disebabkan Dia menyebut dirinya dengan lafaz KAMI.

Wallahu ‘alam

Saturday 3 March 2012

Percakapan Seorang Ayah Kepada Anaknya

Seorang anak bertanya kepada ayahnya :
"Ayah temanku membiarkan nyamuk menggigit tangannya sampai kenyang agar nyamuk itu tdk menggigit anaknya. Apakah ayah juga akan melakukan hal yang sama?".


Sang Ayah tertawa "Tidak nak, ayah akan memasangkan kelambu agar nyamuk tidak dapat menggigit sesiapapun".

"Oh ya, aku juga membaca tentang seorang ayah yang rela tidak makan supaya anak-anaknya dapat makan kenyang. Adakah ayah akan melakukan hal yang sama?", si anak kembali bertanya.

Dengan tegas sang ayah menjawab: "Ayah akan terus bekerja keras mencari rezeki yang - H A L A L - agar kita semua dapat makan kenyang."

Sang anak tersenyum... Dan berkata:
"Terima kasih... Aku dapat selalu bersandar padamu ayah.."

Sambil memeluk dan mengusap rambut sang anak, si ayah berkata:
"Tidak Nak..!! Tapi aku akan mengajarimu ilmu agama dan ilmu dunia untuk berdiri kukuh di atas kakimu sendiri, agar kau tidak jatuh tersungkur ketika aku dan ibu terpaksa pergi meninggalkanmu saat tetamu terakhir Malaikat menjemput. Dan agar di luar acara kesibukanmu, kau tetap menjadi anak soleh, melakukan perjuangan yang membanggakan ayah dan ibumu di liang kubur."