Friday 28 September 2012

Nasihat Untuk Rakan-rakan Seperjuangan

Segala inti yang aku sampaikan ini ialah tazkirah daripada seorang ustaz di masjid al-Istiqamah kat Johor Jaya. Tak ingat bila tarikhnya, yang pasti masa tu ada program solat hajat beramai-ramai untuk pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan besar. Dia huraikan tip-tip bagi orang yang berhajat.

1) Tawakkal


"Kemudian apabila engkau telah berazam, maka bertawakkalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.(Ali-Imraan:159)

Dalil tawakkal di atas menyuruh kita bertawakkal kepada Allah dalam setiap perkara. Tawakkal bukanlah bererti pasrah sahaja, namun perlu disertakan dengan usaha. Maksudnya, dalam kita berusaha, di samping itu kita berserah kepada Allah. Bukannya selepas usaha baru bertawakkal ye.
"Mengharapkan kejayaan tanpa kau usaha ibarat mengharapkan kapal berlayar di daratan."

Selamilah makna pepatah arab di atas. Ramai orang impikan kejayaan, tapi kejayaan itu tidak akan dikecapi dengan mudah tanpa pengorbanan. Dalam misi kita, matlamat 9A akan sukar dicapai. Lagipun, Allah telah berfirman,"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."(ar-Ra'd,11). Ayat ini jelas menerangkan tanpa daya sendiri, perubahan tak akan berlaku. Jadi, usaha mestilah bergerak seiring dengan tawakkal ya.

2) Nazar

Nazar ni cam tak elok sebenarnya, maksudnya kalau hajat kita dah tercapai, baru kita nak beramal. Tapi, n
azar memang biasa dilakukan oleh orang yang berhajat. Banyak kisah-kisah teladan tentang nazar ni.

Ingatlah, kalau dah nazar, jangan pula kita tak laksanakan, Allah telah janjikan buruk padahnya nanti. Senang cerita, nazarlah tentang amal yang kita mampu lakukan. Jangan pula nazar untuk berpuasa 2 bulan berturut-turut. Memang berat untuk ditunaikan.

Kalau boleh, tunaikanlah nazar sebelum dan selepas dapat sesuatu hajat. Contohnya," Aku bernazar akan berpuasa selama 9 hari kalau dapat 9A dalam PMR tahun ini." Maka, puasalah selama 9 hari sebelum hajat kita ditunaikan. Lalu, kalau dapat 9A, puasa lagi selama 9 hari, kalau tak dapat 9A, tak apa, tinggalkanlah nazar tersebut. Inilah nazar yang paling afdal.

3) Tawassul

Tak pasti lah camner bertawasul ni. Tapi cubalah fahami kisah pendek ni.
Dari Abu Abdurrahman, Abdullah bin Umar bin Khaththab berkata, “Saya mendengar Rasulullah saw bersabda, "Dulu sebelum kamu, ada tiga orang berjalan-jalan kemudian mereka mendapatkan sebuah gua yang dapat dimanfaatkan untuk berteduh, maka merekapun masuk ke dalamnya. Kemudian tiba-tiba ada batu dari atas bukit yang tergelungsur dan menutupi pintu gua itu sehingga mereka tidak dapat keluar.
Salah seorang diantara mereka berkata, ‘Sesungguhnya tidak ada yang dapat menyelamatkan kamu sekalian dari bencana ini kecuali bila kamu sekalian berdoa kepada Allah dengan menyebutkan amal-amal soleh yang pernah kalian lakukan."
Salah seorang di antara mereka menimpali, ‘Wahai Allah, saya mempunyai ayah ibu yang sudah tua renta, saya biasa mendahulukan memberi minuman susu kepada keduanya sebelum saya memberikannya kepada keluarga dan hamba saya. Pada suatu hari saya terlambat pulang daripada mencari kayu dan saya menemui keduanya sudah tidur, saya terus memerah susu untuk persediaan minum keduanya.
Karena saya mendapati mereka berdua telah tidur maka saya pun enggan untuk membangunkan mereka. Kemudian saya berjanji tidak akan memberi minum susu itu baik kepada keluarga mahupun kepada hamba sebelum saya memberi minum kepada ayah bonda.

Saya menunggu ayah bonda, hingga terbit fajar barulah keduanya bangun sementara anak-anakku menangis, mereka mengelilingi kakiku. Setelah mereka bangun, kuberikan minuman susu kepada keduanya. Wahai Allah jika saya berbuat seperti itu kerana mengharapkan redaMu maka geserkanlah batu yang menutupi gua ini." Maka bergeserlah sedikit batu itu tetapi mereka belum dapat keluar dari gua tersebut.

Yang lain berkata, "Wahai Allah, sesungguhnya saya mempunyai saudara sepupu yang sangat saya cintai.’ Pada riwayat yang lain dikatakan, ‘Saya sangat mencintainya sebagaimana lazimnya orang laki-laki mencintai seorang perempuan, kemudian saya ingin berzina dengannya tetapi dia selalu menolaknya. Selang beberapa tahun dia tertimpa kesulitan kemudian datang kepada saya dan saya berikan kepadanya 120 dinar, dengan syarat dia harus berzina, dan dia pun setuju.
Ketika saya sudah menguasainya, pada riwayat lain dikatakan, kemudian ketika saya berada di antara kedua kakinya dia berkata, "Takutlah kamu kepada Allah dan jangan kau robekkan selaput daraku kecuali dengan cara yang benar." Kemudian saya meninggalkannya, padahal dia adalah seseorang yang sangat saya cintai dan saya telah merelakan emas (dinar) yang saya berikan kepadanya. Wahai Allah, jika saya berbuat seperti itu kerana mengharapkan redaMu, geserkanlah batu yang menutup gua ini." Maka bergeserlah batu itu tetapi mereka belum bisa keluar dari gua itu.
Orang yang ketiga berkata, ‘Wahai Allah, saya mempekerjakan beberapa karyawan dan semuanya saya jelaskan gajinya dengan sempurna kecuali ada seorang yang pergi, meninggalkan saya dan tidak mahu mengambil gajinya terlebih dahulu. Kemudian gaji itu saya kembangkan sehingga menjadi banyak.
Selang beberapa lama dia datang kepada saya dan berkata, "Wahai hamba Allah, berikanlah gaji saya yang dulu itu." Saya berkata, :Semua yang kamu lihat itu baik unta, lembu, kambing mahupun hamba yang menggembalakannya adalah gajimu." Dia berkata, ‘Wahai hamba Allah, janganlah engkau mempermainkan saya.’ Saya menjawab, ‘Saya tidak mempermainkan kamu.’

 Kemudian diapun mengambil semuanya dengan tidak meninggalkan sisa sedikit pun. Wahai Allah jika saya berbuat itu kerana mengharap redaMu, maka geserkanlah batu itu.’ Lalu batu itupun bergeser dan mereka dapat keluar dari dalam gua.”

4) Syukur

"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".(Ibrahim 14:7)

Syukurlah dengan result exam yang lepas-lepas. Dapat A, bersyukur. Dapat B, bersyukur. Bahkan kalau dapat C atau D pun kita mesti bersyukur. Hitunglah kesyukuranmu dalam setiap benda, dalam apa jua yang telah Allah berikan kepadamu. Bersangka baiklah terhadap Allah. Allah berikan kita sedikit atau banyak, mungkin untuk melihat adakah kita tergolong dalam hambaNya yang bersyukur?.
Nabi Musa AS memiliki umat yang jumlahnya sangat banyak dan umur mereka panjang-panjang. Mereka ada yang kaya dan juga ada yang miskin. Suatu hari ada seorang yang miskin datang menghadap Nabi Musa AS. Diaa begitu miskin sehinggakan pakaiannya compang-camping dan sangat lusuh berdebu. 

Si miskin itu kemudian berkata kepada Baginda Musa AS, "Ya Nabiullah, Kalamullah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku ini agar Allah SWT menjadikan aku orang yang kaya. Nabi Musa AS tersenyum dan berkata kepada orang itu, "saudaraku, banyak-banyaklah kamu bersyukur kepada Allah SWT.

Si miskin itu agak terkejut dan kesal, lalu ia berkata, :
Bagaimana aku mahu banyak bersyukur, aku makan pun jarang, dan pakaian yang aku gunakan pun hanya satu lembar ini saja"!. Akhirnya si miskin itu pulang tanpa mendapatkan apa yang diinginkannya. Beberapa waktu kemudian seorang kaya datang menghadap Nabi Musa AS. Orang tersebut bersih badannya juga rapi pakaiannya. Ia berkata kepada Nabi Musa AS, "Wahai Nabiullah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku ini agar dijadikannya aku ini seorang yang miskin, kadang-kadang aku berasa terganggu dengan hartaku itu. 

Nabi Musa AS pun tersenyum, lalu ia berkata, "wahai saudaraku, janganlah kamu bersyukur kepada Allah SWT." " Ya Nabiullah, bagaimana aku tidak bersyukur kepada Alah SWT?. Allah SWT telah memberiku mata yang dengannya aku dapat melihat. Telinga yang dengannya aku dapat mendengar. Allah SWT telah memberiku tangan yang dengannya aku dapat bekerja dan telah memberiku kaki yang dengannya aku dapat berjalan, bagaimana mungkin aku tidak mensyukurinya", jawab si kaya itu. Akhirnya si kaya itu pun pulang ke rumahnya. Kemudian yang terjadi adalah si kaya itu semakin Allah SWT tambah kekayaannya kerana dia selalu bersyukur. Dan si miskin menjadi bertambah miskin. Allah SWT mengambil semua kenikmatanNya sehingga si miskin itu tidak memiliki selembar pakaianpun yang melekat di tubuhnya. Ini semua sebab dia tidak mahu bersyukur kepada Allah SWT.


5) Doa

Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. 
(Ghaafir: 60)

Doa itu senjata mukmin. Allah berjanji untuk memakbulkan doa hambanya. Tapi kalau doa kita tidak diperkenankan, apakah sebabnya? Jagalah pemakanan antara yang haram dan yang halal.

Sabda Nabi Muhammad saw kepada Saad,
“Carilah sumber rezeki yang halal, nescaya Allah akan menerima permintaan kamu”

Saad Bin Abi Waqqas merupakan seorang sahabat nabi yang paling mustajab doanya. 
Diriwayatkan daripada Ikrimah bin Ammar dari al-Asfar, beliau bertanya kepada Sa’ad bin Abi Waqqas: “Apakah faktor menyebabkan doamu diterima oleh Allah dalam kalangan para sahabat Rasulullah? Kata Sa’ad: aku tidak menyuap ke dalam mulutku melainkan setelah aku pasti dari mana sumbernya”


Abu Bakar mempunyai seorang hamba yang menyerahkan sebahagian daripada pendapatan hariannya kepadanya sebagai tuan. Pada suatu hari hambanya telah membawa makanan yang dimakannya sedikit oleh Abu Bakar. Hambanya berkata, "Kamu selalu bertanya tentang sumber makanan yang aku bawa, tetapi hari ini kamu tidak berbuat demikian ?"

Abu Bakar menjawab, "Aku terlalu lapar sehingga aku lupa bertanya. Terangkanlah kepada aku di mana kamu mendapat makanan ini ?"

Hamba menjawab, "Sebelum aku memeluk Islam, aku menjadi tukang tilik. Orang-orang yang aku tilik nasibnya kadang-kadang tidak boleh membayar wang kepadaku. Mereka berjanji membayarnya apabila saja memperolehi. Aku berjumpa dengan mereka hari ini. Merekalah yang memberikan aku makanan ini."
Mendengar kata-kata hambanya, Abu Bakar memekik, "Ah! Nyaris-nyaris kau bunuh aku."
Kemudian dia cuba mengeluarkan makanan yang telah ditelannya. Ada orang yang mencadangkan supaya dia mengisi perutnya dengan air dan kemudian memuntahkan makanan yang ditelannya tadi. Cadangan ini diterima dan dilaksanakannya sehingga makanan itu dimuntahkan keluar.

Kata seorang pemerhati, "Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasmu. Kamu telah bersusah-payah kerana makanan yang sedikit."
"Aku sudah pasti memaksanya keluar walaupun dengan berbuat demikian aku mungkin kehilangan jiwaku sendiri. Aku mendengar Nabi berkata, "Badan yang tumbuh subur dengan makanan haram akan merasai api neraka. Oleh kerana itulah maka aku memaksa makanan itu keluar takut kalau-kalau ia menyuburkan badanku."

Lihatlah bagaimana sahabat nabi menjaga pemakanan mereka. Sangat mengagumkan. ^^




Saturday 4 August 2012

Luruskan Lidah


“Tidak lurus iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus lidahnya.” (HR Ahmad)

Dengan meneliti makna di sebalik hadis di atas, tahulah kita bahawa keteguhan iman itu juga bergantung kepada lidah. Iman kita tidak akan istiqamah selagi lidah tidak dijaga dengan baik. Lidah merupakan nikmat yang telah dikurniakan Allah untuk memuji kebesaranNya, membaca KalamNya, menyampaikan dakwah, berkata baik  dan saling menasihati. Wahai sahabat, adakah kita memanfaatkan kurniaan Ilahi ini dengan sebaiknya?

Ramai dalam kalangan kita yang tidak mampu untuk meluruskan lidah, bahkan diri kita sendiri pun 2 x 5. Penyalahgunaan lidah termasuklah berbohong, mencarut, atau berbentuk cacian dan umpatan, perkara yang sia-sia dan lain lain. Hal ini seringkali dilihat apabila berkumpulnya kita dan rakan-rakan dalam satu majlis, pasti kita akan menyalahgunakan nikmat lidah yang dikurniakan Tuhan. Sedar atau tidak sedar, terlalu banyak dosa yang kita topup adalah berpunca daripada penyalahgunaan lidah sendiri.

"Berkata baiklah ataupun diam"

Lidah memang sangat bahaya dan berdasarkan hadis nabi, ramai orang terjerumus ke neraka kerana lidah. Menurut Imam al-Ghazali, lidah adalah alat yang tajam bahkan lebih tajam dari mata pedang. Hal ini memang benar sebab ramai orang yang berdengki dan bermusuhan adalah disebabkan lidah. Justeru pepatah Melayu jua merakamkan, kerana lidah badan binasa.

Sudah terang lagi bersuluh, apa yang penting saat ini ialah niat..... Niat untuk berubah daripada sifat orang yang berkata keji kepada orang yang memanfaatkan lidah dengan sebaiknya. Wajib untuk dirimu dan diriku berubah kerana mission ini bukanlah dilaksanakan dengan kehendak, tetapi ia adalah satu perintah Tuhan dan tuntutan agama. Mahu tak mahu marilah kita sama-sama berjalan slow-slow ke arah Allah.Ya Allah pimpinlah kami untuk meluruskan lidah ini demi menggapai redaMu. Semoga kita tergolong dalam kalangan hambaNya yang berkata-kata baik. Amiin~.


Beradab Dengan Guru

          Sesiapa yang bergelar pelajar haruslah menghormati guru, bukan melayan guru umpama rakan sekerja atau lebih teruk lagi biadab dengan guru.

Hai~. Kesemua itu dah pernah aku alami. Bagaimana pula dengan saudara/saudari?

          Ingatlah bahawa guru merupakan orang yang menyemai benih-benih ilmu dalam jiwa kita. Kita yang menentukan benih itu subur atau layu. Keberkatan ilmu terletak pada keredaan guru terhadap kita. Jika layanan yang diberikan oleh seorang pelajar kepada gurunya adalah seperti seorang anak soleh menghormati ibu bapanya, maka termaterilah ilmu yang berguna dalam jiwa pelajar itu. Pasti dia mendapat keberkatan hidup dengan ilmu tersebut. Insyaallah.

          Namun, jikalau kita mengambil remeh hal-hal adab dengan guru, yang mampu mengguris perasaan atau menyakitinya, maka ilmu yang dicurahkan hanya berhenti di paras hidung atau sekadar bertapak di tangan dek kerana tiadanya keberkatan ilmu. Apalah gunanya jika hanya 'A' di kertas tetapi hakikatnya ilmu tidak sampai ke hati? Tiada gunanya jika ilmu yang dipelajari tidak dapat diaplikasikan dalam kehidupan kita yang banyak memerlukan pimpinan ini. Sesungguhnya ilmu itu penyuluh kehidupan.

Berbalik kepada topik, jagalah adabmu dengan guru.

1) Kata Saidina Ali Karamallahu Wajhah," Aku adalah hamba kepada mereka yang mengajariku satu huruf, sama ada aku dijual olehnya ataupun aku diperhambakannya". Betapa jauhnya beza antara seorang pelajar dengan guru laksana langit dan bumi.

2) Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan – ikut jantina.

3) Tidak layak bagi penuntut ilmu untuk duduk di tempat gurunya, berjalan di depan gurunya, dan memperbanyakkan bercakap semasa berada bersama gurunya, seperti menyampuk atau potong line, menjaga waktu ziarah dan tidak mengetuk-ngetuk pintu rumahnya tanpa sabar.

4) Jangan menyangkal kata-kata guru dan jangan berbisik di hadapannya.

5) Taat kepada guru kecuali dalam hal maksiat. "Tiada ketaatan dalam maksiat kepada pencipta"

6) Memuliakan anak guru.
7) Bersedia berkhidmat untuk guru, berbuat baik, contohnya sediakan makanan untuk guru, tempat tidur, membersihkan rumah guru dan sebagainya.

8) Tidak menyakiti hati guru. Kerana tidak mendapat keberkatan daripada ilmu sekiranya menyakiti hati mereka dan tidak bermanafaat baginya. So jangan kutuk2 guru kita walaupun dia kita tak suka. Waimma dia bukan Islam sekalipun.

9) Mendoakan guru.

* Kitab Ibnu Kathir & Imam Ghazali

Senarai Makanan Yang Paling Lazat Di Neraka


1. ZAQQUM

Firman Allah swt: Sesungguhnya pohon zaqqum itu, makanan orang yang banyak berdosa. Ia bagaikan kotoran minyak yang mendidih di dalam perut, seperti mendidihnya air yang amat panas. (43 – 46 : ad-Dukhan)

Firman Allah swt: (Makanan surga) itukah hidangan yang lebih baik ataukah pohon zaqqum.? Sesungguhnya Kami menjadikan pohon zaqqum itu sebagai ujian bagi orang-orang yang zalim (samada mereka percaya atau tidak). Sesungguhnya ia adalah sebatang pohon yang tumbuh dari dasar neraka. Buahnya seperti kepala syaitan-syaitan. Maka sesungguhnya mereka benar-benar memakan sebagian dari buah pohon itu sehingga memenuhi perutnya dengan buah zaqqum itu. (62 – 66 : as-Saffat).

Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya Nabi saw membaca ayat ini: “bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.”

Rasulullah saw bersabda: “Sekiranya setitis zaqum menitis ke dunia nescaya akan merosakkan seluruh kehidupan ahli dunia. Bagaimana keadaan orang yang setiap hari buah zaqum menjadi makanannya?”
(HR Tirmizi, Nasaie, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

Imam Ibnu Kathir berkata: “Allah swt menyatakan mereka memakan pokok ini walaupun rupanya sangat buruk dan sangat hodoh. Tambahan lagi dengan rasanya yang tidak sedap dan bau yang busuk. Mereka terpaksa makan kerana tidak ada yang lain.”

2. GISLIN

Firman Allah swt: Maka tiada seorang teman pun baginya pada hari ini di neraka ini. Dan tiada (pula) makanan sedikitpun (baginya) kecuali dari darah dan nanah. Tidak ada yang memakannya kecuali orang-orang yang berdosa. (35-37 : al-Haqqah).

Ulama berselisih pendapat terhadap hakikat Gislin seperti berikut:

1. Nanah ahli neraka yang keluar dari luka dan kemaluan mereka. (Ibnu Abbas)
2. Pohon yang menjadi makanan ahli neraka. (Dahhak dan Rabie bin Anas)
3. Air dari basuhan daging dan darah ahli neraka. (Akhfasy)


3. DARIE’

Firman Allah swt: Mereka tiada memperoleh makanan selain dari pohon yang berduri. yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar. ( 6 dan 7 : al-Ghasiah)

Para Ulama berselisih pendapat terhadap Darie’. Diantaranya adalah seperti berikut:

1. Tumbuhan yang berduri yang melata di tanah. (Pendapat Ikrimah, Mujahid dan kebanyakan ulama tafsir).
2. Batu (pendapat Said bin Jubair).
3. Tumbuhan hijau yang busuk. Ia dilemparkan laut ke daratan. (pendapat Khalil).
4. Pohon berasal dari api neraka. (Pendapat Ibnu Abbas)

Pendapat yang dipilih adalah seperti yang dinyatakan oleh Imam Qurtubi:

“Pendapat yang lebih jelas adalah ia pokok yang berduri seperti di dunia. Daripada Ibnu Abbas ra, Nabi saw bersabda: “ Darie adalah sesuatu yang ada dalam neraka. Ia meyerupai duri. Lebih pahit daripada pokok lidah buaya. Lebih busuk daripada bangkai. Lebih panas dari api. Allah swt namakannya sebagai Darie.” (Hadis riwayat Ibnu Mardawiyah – sanadnya lemah)

4. MAKANAN YANG SUKAR UNTUK DITELAN

Kerana sesungguhnya pada sisi Kami ada belenggu-belenggu yang berat dan neraka yang menyala-nyala. Dan makanan yang menyebabkan tercekik di kerongkong dan azab yang pedih. (12 – 13 : al-Haqqah)

Ibnu Abbas berkata: “Makanan yang tidak boleh ditelan dan tersangkut di halkum. Tidak boleh turun ke perut dan tidak boleh dikeluarkan. Makanan ini adalah Gislin, Zaqqum dan Darie.”

5. KELAPARAN YANG MENYEKSAKAN

Abu Darda berkata: Rasulullah saw bersabda: “ Dicampakkan rasa lapar kepada ahli neraka. Kelaparan yang mereka rasai menyamai azab yang mereka alami dalam neraka. Lalu mereka menjerit meminta tolong dan mereka pun diberikan Darie yang tidak menghilangkan kelaparan mereka. Lalu mereka menjerit meminta makanan dan mereka pun dibawa makanan yang menyebabkan mereka tercekik. Mereka teringat kalau tercekik didunia mereka hilangkan dengan air. Mereka pun meminta air minuman. Lalu mereka diberi air yang sangat panas dengan besi-besi panjang yang berkepala sabit. Muka mereka hangus terbakar apabila air ini menghampiri mereka. Segala isi perut terputus apabila masuk ke dalam perut mereka.
(HR Tirmizi)

RUJUKAN:
Tafsir Qurtubi, Tafsir Ibnu Kathir, Tuhfatul Ahwazi, Sunan Tirmizi tahqiq syeikh Syuaib, Muntaqa oleh Dr Yusuf Qardawi, Tazkirah oleh Qurtubi, Buhur Zahirah oleh Imam as-Safirani. -Bloggermuslim 

*copaste

Friday 3 August 2012

Menasihati Diri Sendiri

Nobody is perfect. Tiada siapa yang sempurna. Sebutkanlah kepadaku adakah antara kita yang tidak melakukan kesalahan selain Rasulullah Muhammad saw? Yunus as pernah meninggalkan kaumnya, Musa as pernah membunuh satu jiwa tanpa hak, dan Ibrahim as pernah berbohong sebanyak tiga pembohongan dalam kehidupannya sebagai nabi. Telah bersabda nabi saw bahawa setiap anak cucu cicit Adam tidak akan terlepas daripada dosa. Sama ada kecil ataupun besar, sedikit ataupun banyak, bahkan sama ada sengaja ataupun tidak.

Kita sering menegur dan menasihati kesalahan rakan-rakan namun bagaimana dengan diri kita pula? Tidak terkira dosa yang kita lakukan masa demi masa. Sedangkan orang beriman pun berfikir ia banyak kesalahan, apatah lagi kita yang sangat jauh daripada Tuhan. Wahai jiwa-jiwa yang berdosa, janganlah berputus asa terhadap rahmat Allah. Sesungguhnya rahmat Allah itu saaangaat luas. Allah yang Maha Pengampun pasti memimpinmu untuk keluar dari kegelapan dosa. Fikirkanlah, engkau perlu berubah. Tidak kira cepat atau berperingkat-pertingkat, usahakanlah dirimu untuk menjadi baik. Berhijrahlah ke arah yang lebih baik dan selamat, yang mampu menjamin kebahagiaanmu di masa nanti.


Jangan dikenang sangat kesalahan yang lepas, cukuplah bagimu menjadikannya sebagai pengajaran dan pengalaman. Banyak hikmah yang berlaku di sebalik kesalahanmu itu. Khilaf membuatkan kita mengingati Allah dan menjadi lebih matang menjalani kehidupan dan yang paling utama... khilaf membuatkan kita sedar, menyesal dan berasa ingin bertaubat atas kesalahan yang kita lakukan. Usah peduli pandangan orang lain terhadap kita, semua manusia sama sahaja di mata Allah. Justeru Allah pasti menolong hambaNya yang ingin kembali ke jalan yang lurus, yang mahu memperbaiki dirinya menjadi mukmin yang lebih bagus.

Maka tak usahlah kau menyerah kalah jika rintangan yang menghalangmu itu memerangkap dirimu dari segenap arah. Bangunlah dari kejatuhanmu dan teruskanlah perjalananmu demi mencari keredaan Tuhan. Berhati-hatilah melangkahkan kaki dan suntikkan keazaman yang tinggi sebagai semangatmu untuk meneruskan penghijrahan rohani ini. Sesungguhnya perubahan itu memerlukan pengorbanan. Semoga dirimu dan diriku memperoleh hidayah dan rahmatNya. 

Sunday 8 July 2012

Berbuat Baik Kepada Orang Lain Merupakan Kelapangan Dada

INDAH seperti namanya, baik seperti bentuknya, bagus seperti rasanya. Orang yang pertama kali mengambil manfaat dan membahagiakan orang lain adalah mereka yang mempunyai keunggulan dalam kebahagiaan ini. Mereka memetik buahnya secara terus pada jiwa mereka, perilaku mereka dan hati mereka, mendapatkan kelapangan dada, kebahagiaan, ketenangan dan ketenteraman.

          Jika kamu diliputi oleh perasaan susah, maka lakukanlah kebaikan kepada orang lain, dan berikanlah hadiah yang baik kepada mereka, nescaya kamu akan mendapat jalan keluar daripada kesusahanmu dan bertemu pula dengan kesenangan. Berilah orang yang tidak memiliki apa-apa, tolonglah orang yang teraniaya, selamatkanlah orang yang kesulitan, berilah makan kepada orang yang kelaparan, kunjungilah orang yang kesakitan, dan sabarkanlah orang yang kesedihan, kamu pasti akan menemui kebahagiaan yang menyelimutimu dari hadapan dan belakang.

          Perbuatan yang baik bagaikan kasturi yang memberi manfaat kepada orang yang membawa penjual dan pembelinya. Kebiasaan yang baik pada diri seseorang itu merupakan puding yang penuh barakah yang dijual di dalam jiwa manusia yang hatinya dimakmurkan oleh kebaikan.

          Menebarkan senyuman yang indah pada orang yang krisis akhlak merupakan sedekah di alam semesta. Rasulullah saw bersabda,

"Walaupun kamu menemui saudaramu dengan wajah yang riang."

          Sesungguhnya wajah yang murung petanda pertempuran yang sengit terhadap orang lain yang tiada seorang pun mengetahui bilakah akan terjadinya, kecuali Tuhan Yang Maha Mengetahui perkara-perkara ghaib.

          Seteuk air dari telapak tangan seorang penzina, yang diperuntukkannya bagi seekor anjing gila telah membuat dirinya masuk syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, kerana Tuhan amat menyenangi perbuatan baiknya. Dialah Tuhan yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji dan memberi rahmat kepada sesiapa yang dikehendakinya.

         Wahai orang yang dirundung oleh kesedihan dan ketakutan, mari kita menuju ke taman kebaikan dan peduli kepada orang lain, baik itu pemberian, jamuan dan bantuan, mahupun kegiatan sosial. Nescaya kamu akan mendapat kebahagian beraneka rasa dan warna,

Allah swt berfirman:

"Padahal tidak ada seorang pun memberikan suatu nikmat kepadanya yang harus dibalasnya." (al-Lail : 19)
           Tetapi dia memberikan itu senata-mata kerana mengharapkan keredhaan daripada Tuhannya Yang Maha Tinggi dan kelak dia benar-benar akan mendapat kepuasan.

oleh : Dr. 'Aidh Abdullah al-Qarni

Sunday 24 June 2012

Penciptaan Langit Dan Bumi Adalah Dalam Enam Masa

[10:3] Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa.

BETULKAH DALAM 6 MASA ?


[41:9] Katakanlah: "Sesungguhnya patutkah kamu kafir kepada yang menciptakan bumi dalam dua masa.

[41:10] Dan Dia menciptakan di bumi itu gunung-gunung yang kukuh di atasnya. Dia memberkahinya dan Dia menentukan padanya kadar makanan-makanan (penghuni)nya dalam empat masa.

[41:12] Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa.

Sekarang kiralah sendiri : 2(bagi bumi) + 4(kadar makanan) + 2(bagi langit) = LAPAN hari; dan BUKAN ENAM !!!

Apa respon anda sesudah membaca terjemahan ayat di atas?

KENTALKAN IMAN !!
jangan terdetik walau sedikit pun keraguan terhadap ayat Allah, sebab kita sudah maklum dan pasti, bahawa Qur'an tidak mungkin terdapat percanggahan ayat dalamnya.

Namun persoalannya bagaimana dengan ayat ini.......................................?



Inti yang ditanyakan adalah persoalan logika dan bukan matematik murni seperti yang dijelaskan kerana hal ini bersangkut dengan kegiatan nyata. Dalam hal ini terjadi kesalahan iaitu 2(bagi bumi) + 4(kadar makanan) + 2 (bagi langit) = LAPAN hari, sebab boleh jadi kenyataan untuk kegiatan tahap I pembuatan bumi sendiri dalam 2 masa, sedangkan tahap I dilakukan juga pembuatan langit secara bersamaan iaitu dalam 2 masa, dan tahap  II pembuatan makanan, dll dalam 4 masa, sehingga total yang diperlukan hanya 6 masa, sesuai dgn Qs. Yunus 3 dan beberapa ayat lain.

Hai, pada mulanya aku memang pening memikirkan fasal ini. Jawapan tersebut bersumberkan rakan-rakan yang arif yang belajar memahami tafsir al-Qur'an, dalam satu perjumpaan maya.



Tambahan untuk penjelasan di atas... ibarat membuat rumah berserta kelengkapannya memerlukan asas dan kerangka rumah(bumi) perlukan 2 masa, sekarang ketika membuat asas dan kerangka rumah sekaligus dipasangkan juga kelengkapan alatan rumah(langit) yang diperlukan misalnya perpaipan dan lain-lain. Asas dan kerangka rumah memerlukan 2 masa begitu juga kelengkapan rumah memerlukan 2 masa, tentu pengumpulan waktunya bukan 4 masa tapi cukup 2 masa.


Sebenarnya persoalan tersebut banyak dijumpai di website-website pendakwah kristian, mengapa harus mencari-cari kesalahan agama lain jika mahu menyebarkan agama sendiri, sedangkan kitab sendiri yang diakui suci juga diketahui olehnya banyak kesalahan.

Demikianlah akibatnya jika hanya membaca kitab al-Qur'an hanya dengan penterjemahan secara langsung saja, lebih-lebih lagi jika pemikirannya adalah 'straight to the point'. Inilah KALAMULLAH, malahan kerana bahasanya indah kalaupun kita kepayahan untuk memahaminya.



Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran. 

Statement di bawah adalah copaste. kerana ia sesuai dijadikan nasihat. 



Jika hidup sekadar hidup
  Babi di hutan juga hidup
  Kalau bekerja sekadar bekerja
  Kera juga bekerja
  (Prof. Dr. Madya Hamka, Alm)

Jika percaya setakat percaya
  Penyembah pokok dan batu pun percaya
  Jika yakin sekadar yakin
  Penyembah Zeus dan puluhan "tuhan anak"-nya pun yakin

Andai keyakinan tidak boleh diganggu
  Kerana datangnya dari hati
  Lalu ...
  Apakah itu bererti semua keyakinan & kepercayaan itu BENAR???

Tentu tidak mungkin semua keyakinan itu benar
  Mustahil semua kepercayaan itu benar
  Tidak mungkin Tuhan menurunkan banyak kebenaran
  Tuhan pasti hanya menurunkan 1 ajaran yang masih MURNI

Apa buktinya?
  Bukan kata orang, kerana orang itu tak sempurna
  Bukan kata media, kerana media buatan orang
  Bukan kata mereka, kerana lain orang lain pendapat

Bukti terkuat ialah "KATA TUHAN"
  Bukti terkuat ialah Firman Tuhan
  Bukti terkuat ialah KITAB DARI TUHAN

Jika benar dari Tuhan
  Maka tak boleh ada kesalahan sedikitpun di dalamnya
  Dari segi sastera, matematik, astronomi, anatomi, sains DLL

Sunday 10 June 2012

Semua Cantik :)

Thread kali ni aku nak sound golongan wanita okay. Untuk wanita ISLAM. Actually aku pun tak suka sound2 orang ni. Tapi teguran ini adalah untuk kebaikan awak dan saya. Hahaha gedik je. Saya tahu awak sangat suka bersolek. Kadang-kadang. awak sanggup dress up dalam bilik sorang-sorang kan?... hanya dengan alasan mahu snap picture untuk ditayangkan dalam PESBUK. Tak mengapalah sebab saya faham, awak memang kepingin dipandang cantik. Itu memang fitrah. Wanita mana pula yang ingin dipandang hodoh? Mana? Mana? Mana?

Tapi..............................

Awak kena tahu.....

Kecantikan awak bukanlah untuk tayangan free bagi lelaki ajnabi macam saya. Itu wanita murahan namanya dan tak sesuai dengan apa yang disyariatkan oleh agama kita. Betul tak?
Actually, boleh je awak nak tayang kecantikan awak tu, dengan syarat awak tutup aurat dengan sempurna, tidak bertabarruj dan dengan gaya yang sopan. Tapi keunikan awak ni dah tak special lah untuk sang suami kan? Sayangnyaa~

Humph... Awak post gambar-gambar awak yang tidak menutup aurat itu dalam facebook. Hukumnya haram berdosa sebanyak mata memandang. Manusia memang pandang remeh kan bab aurat? Lelaki sememangnya dijadikan Tuhan memandang indah kepada perempuan, buktinya ada di sini. Dan syahwat sememangnya satu makhluk yang berkuasa dalam diri seorang lelaki. Boleh jadi seorang lelaki ambil gambar awak, simpan dalam phone, print dan sebagainya, then mereka tunjukkan pada kawan-kawan and sebar-sebarkan. Jahat kan ? Tapi bukan saya tau! 

Hai, itu memang padanlah dengan wanita yang cantik macam awak. Pasti menjadi kegilaan ramai.

OH ! Macam mana pula dengan awak yang mengedit gambar? Saya tengok awak edit pic awak putih melepak. Dah mengalahkan orang korea kan? Cukuplah. Itu bukanlah hakikat kecantikan. Awak sebenarnya sedang berpura-pura dan berbangga dengan kecantikan yang dusta. Awak... ingatlah keayuan itu fana' dan semua orang akan menjadi tua :). Bahkan saya jua. Hmm, Tuhan tidak menilai kita melalui wajah dan rupa paras, tetapi melalui hati. :)

"Tidak mengapalah seandainya kau tidak memiliki wajah yang cantk untuk menjadi rebutan dan sebutan ramai manusia, asal kau punya akhlak yg baik yg menjadi kebanggaan agama, Allah dan rasulmu. itu sudah terlebih baik dan amat cantik." (Saidatina Khadijah)

Usahlah awak risau memikirkan kalau awak tak cantik, sebab awak akan cantik juga nanti di syurga. Betul tak?

Awak... Pernah tak awak terfikir.....?


Bagaimana keadaan facebook setelah awak meninggal dunia? Password pula hanya awak yang tahu dan gambar awak yang sexy-mexy tu pula akan abadi dalam facebook sampailah dunia kiamat. Macam mana dengan saham? Awak telah menabung dosa selama itu. Dan yang pasti gambar-gambar awak tu tak mungkin akan menyelamatkan awak daripada azab kubur kan? Boleh saja awak mati setelah ini, bahkan ketika sedang membaca thread ni pun awak boleh meninggal dunia. Seram tak?

Jadi... melalui tulisan ini saya mahu awak berfikir, manakah jalan yang awak akan ikut. Fikirlah dan jangan mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan. ^_^

# Huu~ Portugal kalah 1-0 dengan German T-T

Saturday 9 June 2012

Pertanyaan Menentang Daripada Seorang Non Muslim

Dua orang yang hampir dengan Nabi Muhammad meragukan kenabiannya & menolak memeluk Islam, iaitu isteri dan pak cik baginda?
Jika org terdekatnya tidak menerima Islam dan meragukan kenabiannya, bererti Islam itu banyak keanehan dan nabi muhammad pun aneh.


GILA !


Pertanyaan yang "kacang" namun mempunyai pengaruh yang tinggi dalam menggugat keteguhan iman seorang muslim yang kurengg ilmunya. hahaha.  Aku kagum dengan pemikirannya walaupun "kolot". Statement yang diketengahkan untuk menghancurkan muslimers dipatahkan kembali oleh beberapa orang rakan seagama. Ha3.


A : Ternyata ada hikmah di sebalik keraguan pak cik & hamba Nabi Muhammad SAW, yakni Abu Lahab & Ummu Jamil yang memusuhi bahkan melemahkan penegakan risalah Islam yang dibawa oleh anak saudaranya. Andai pada waktu itu penegakan risalah Islam tiada mendapatkan halangan apapun baik daripada pihak luar ataupun daripada pihak keluarga beliau sendiri, yang dikhuatirkan kelak di masa nanti Islam justeru didakwa oleh para non muslim, hanyalah ajaran adat buatan orang Arab.


B : I
ngat, anak dan isteri Nabi Nuh juga tidak percayakan khabar dari Nuh,

ayah Ibrahim penyembah berhala juga tidak mempercayai anaknya...
~Orang yahudi juga tidak percaya kebenaran Jesus.. hinggakan mereka beramai2 mencari Jesus untuk dibunuh di kayu salib...

Konklusinya Jesus jauh lebih aneh kan... tapi bukan begitu cara berfikirnya hai kawan yang hansome...
Berbual logik itu memang pelik, tapi begitulah garis Tuhan...

Kritikan untuk thread anda... isteri nabi itu malahan ialah orang pertama yang paling percaya kenabian Muhammad, pak ciknya juga percaya pada Muhammad, dia hanya enggan untuk menunjukannya di depan umat, tapi dia sangat percaya, sebab itulah pak cik beliau adalah salah satu tokoh utama yang membelanya mati-matian.

Baca sejarah biarlah lengkap ya kawan....

# Terlalu banyak musuh Islam di dunia ni, ingatlah musuh-musuh Islam hanya fokus mencari titik kelemahan Islam saja. Tak dapat dinafikan bahawa Islam ialah agama daripada Tuhan, sehingga mahu dibantah dengan cara apa pun tetap juga tak akan terbantahkan. 

Tuesday 5 June 2012

Pohon Epal Dan Budak Lelaki


Suatu ketika, hiduplah sebatang pohon epal besar dan seorang budak lelaki yang gembira bermain-main di bawah pohon epal itu setiap hari. Dia suka memanjatnya hingga ke pucuk pohon, makan buahnya, tidur di keteduhan rendang daun-daunnya. Budak lelaki itu sangat mencintai pohon epal itu. Demikian pula pohon epal sangat mencintai budak kecil itu.
        Waktu terus berlalu. Budak lelaki itu kini telah tumbuh besar dan tidak lagi bermain-main dengan pohon epal itu setiap harinya. Suatu hari dia mendatangi pohon epal. Wajahnya tampak sedih.
“Marilah ke sini bermain-main lagi denganku,” pinta pohon epal itu.

“Aku bukan budak kecil yang bermain-main dengan pohon lagi,” jawab budak lelaki itu.
“Aku ingin sekali memiliki mainan, tapi aku memiliki wang untuk membelinya.”

          Pohon epal itu menyahut, “Aduhai, maaf aku pun tak ada wang… tetapi kau boleh mengambil semua buah epalku dan menjualnya. Kau akan mendapatkan wang untuk membeli mainan kegemaranmu.”
         Budak lelaki itu sangat gembira. Lalu dia memetik semua buah epal yang ada di pohon dan pergi dengan penuh suka cita. Namun, setelah itu budak lelaki itu tak pernah kembali. Pohon epal itu kembali sedih.

Suatu hari budak lelaki itu datang lagi. Pohon epal sangat senang melihatnya datang.
“Marilah bermain-main denganku lagi,” kata pohon epal.

“Aku tak punya waktu,” jawab budak lelaki yang kian membesar.

“Aku harus bekerja untuk keluargaku. Kami memerlukan sebuah rumah untuk tempat tinggal. Mahukah kau menolongku?”

“Aduhai, maaf aku pun tak memiliki rumah. Tapi kau boleh menebang semua dahan rantingku untuk membina rumahmu,” kata pohon epal. Kemudian budak lelaki itu menebang semua dahan dan ranting pohon epal itu dan pergi dengan gembira.

          Pohon epal itu juga berasa bahagia melihat budak lelaki itu senang, tapi budak lelaki itu tak pernah kembali lagi. Pohon epal itu berasa sepi dan sedih.
          Pada suatu musim panas, budak lelaki itu datang lagi. Pohon epal berasa sangat bersuka cita menyambutnya.
“Marilah bermain-main lagi deganku,” kata pohon epal.

“Aku sedih,” kata budak lelaki yang sudah lanjut usia dimakan waktu.

“Aku sudah tua dan ingin hidup tenang. Aku ingin pergi becuti dan berlayar. Mahukah kau memberi aku sebuah kapal untuk bersiar?”

“Aduhai, maaf aku tak punya kapal, tapi kau boleh memotong batang tubuhku dan menggunakannya untuk membuat kapal yang kau mahu. Pergilah berlayar dan bersenang-senanglah.” Kemudian, budak lelaki itu memotong batang pohon epal itu dan membuat kapal yang diidamkannya. Lalu dia pergi berlayar dan tak pernah lagi datang menemui pohon epal itu.
Akhirnya, budak lelaki itu datang lagi setelah bertahun-tahun kemudian.
“Maaf anakku,” kata pohon epal itu.
“Aku sudah tak memiliki buah epal lagi untukmu.”

“Tak apa. Aku pun sudah tak memiliki gigi untuk mengigit buah epalmu,” jawab budak lelaki itu.

“Aku juga tak memiliki batang dan dahan untuk kau panjat,” kata pohon epal.

“Sekarang, aku sudah terlalu tua untuk itu.”

“Aku benar-benar tak memiliki apa-apa lagi yang dapat aku berikan padamu. Yang tersisa hanyalah akar-akarku yang sudah tua dan hampir mati ini,” kata pohon epal itu sambil menitiskan air mata.

“Aku tak memerlukan apa-apa lagi sekarang,” kata budak lelaki.
“Aku hanya memerlukan tempat untuk berehat. Aku sangat lelah setelah sekian lama meninggalkanmu.”

“Oh, bagus sekali. Tahukah kau, akar-akar pohon tua adalah tempat terbaik untuk berbaring dan berehat. Mari, marilah berbaring di pelukan akar-akarku dan berehatlah dikau dengan tenang.”
Budak lelaki itu berbaring di pelukan akar-akar pohon.
Pohon epal itu sangat gembira dan tersenyum sambil menitiskan air matanya.....Ini adalah cerita tentang kita semua. Pohon epal itu adalah orang tua kita. Ketika kita muda, kita gembira bermain-main dengan ayah dan ibu kita.

Ketika kita tumbuh besar, kita meninggalkan mereka, dan hanya datang ketika kita memerlukan sesuatu atau dilanda kesulitan. Tak peduli apa pun, orang tua kita akan selalu ada untuk memberikan apa yang dapat mereka berikan untuk membuat kita bahagia. Anda mungkin berfikir bahawa budak lelaki itu telah bertindak sangat kasar pada pohon itu, tetapi begitulah cara kita memperlakukan orang tua kita.

Dan, yang terpenting, cintailah orang tua kita. Sampaikan pada ibu dan ayah kita sekarang, betapa kita mencintainya; dan berterima kasih atas seluruh hidup yang telah dan akan diberikannya pada kita. :')

Monday 4 June 2012

Paku Di Tiang


          Dahulu  waktu yang silam, tinggal seorang ikhwah yang mempunyai seorang anak lelaki bernama Mat. Mat membesar menjadi seorang yang lalai melaksanakan seruan agama. Meskipun telah banyak ajakan kebaikan dan nasihat, seruan dan perintah daripada ayahnya agar ia bersolat, puasa, zakat dan lain-lain, tetap juga ditinggalkannya. Sebaliknya amal kejahatan pula yang menjadi rutinitasnya.


          Suatu hari ikhwah tersebut memanggil anaknya dan berkata, "Mat, kau ini sangat lalai dan terlalu banyak berbuat kemungkaran. Mulai hari ini akan aku tancapkan satu paku ke tiang di tengah halaman rumah kita. Setiap kali kau berbuat satu kejahatan, maka aku tancapkan satu paku ke tiang ini. Dan setiap kali kau berbuat satu kebajikan, sebatang paku akan kucabut keluar dari tiang ini". Ayahnya berbuat seperti mana yang dijanjikan, setiap hari ia akan memukul beberapa batang paku ke tiang tersebut. Kadang-kadang sampai berpuluh paku dalam satu hari. Jarang-jarang benar dia mencabut keluar paku dari tiang.


          Hari silih berganti, beberapa purnama berlalu, dari musim hujan berganti kemarau panjang. Tahun demi tahun beredar. Tiang yang berdiri utuh di halaman kini telah hampir dipenuhi dengan tusukan paku-paku dari bawah sampai ke atas. Hampir setiap permukaan tiang itu dipenuhi dengan paku-paku. Ada yang berkarat dek hujan dan panas. Setelah melihat keadaan tiang yang bersusukan dengan paku-paku yang menjijikkan tersebut, timbullah rasa malu. Maka dia pun beniat untuk memperbaiki dirinya. Mulai detik itu, Mat mulai sembahyang. Hari itu saja lima butir paku dicabut ayahnya dari tiang. Besoknya sembahyang lagi ditambah dengan sunnah-sunnahnya. Lebih banyak lagi paku tercabut. Hari berikutnya Mat tinggalkan sisa-sisa maksiat yang melekat. Maka semakin banyaklah tercabut paku-paku tadi. Hari demi hari, semakin banyak kebaikan yang Mat lakukan dan semakin banyak maksiat yang ia tinggalkan, hingga akhirnya hanya tinggal sebatang paku yang tinggal melekat di tiang.


          Maka ayahnya pun memanggil anaknya dan berkata, "Lihatlah anakku, ini paku terakhir, dan aku akan mencabutnya sekarang. Tidakkah kamu gembira?" Mat merenung pada tiang tersebut, dia mulai menangis tersedak-sedak. "Kenapa anakku?" tanya ayahnya, "Aku menyangka kau gembira sebab semua paku-paku tadi telah tiada". Dalam nada yang sayu Mat mengeluh, "Wahai ayahku, sungguh benar katamu, paku-paku itu telah tiada, tapi aku bersedih lubang-lubang dari paku itu tetap ada ditiang, bersama dengan karatnya".


           Sesuatu yang dimuliakan, dengan dosa-dosa dan kemungkaran yang seringkali diulangi hingga akan menjadi suatu kebiasaan, walaupun kita mungkin mampu mengatasinya  secara beransur-ansur, tetapi ingatlah bahawa bekas yang ia tinggalkan tidak akan hilang. Dari situ, pabila kita merenungi untuk melakukan suatu kemungkaran, ataupun sedang berniat melakukan kemungkaran, maka berhentilah.

Sebab..........

Tiap kali kita bergelumang dalam kemungkaran, maka kita telah membenamkan sebatang paku lagi yang akan meninggalkan bekas lubang pada jiwa kita, meskipun paku itu kita cabut kemudiannya. Apa lagi kalau kita biarkan sampai berkarat dalam diri ini sebelum dicabut. Lebih-lebih lagilah kalau dibiarkan berkarat dan tak dicabut. ^_^

Friday 1 June 2012

Sajak Imam Bukhari


Di kala malam yang sunyi sepi
Bani insan sedang tenggelam
dalam tidur dan mimpi
Musafir yang malang ini
tersentak bangun pergi membasuh diri
untuk datang menghadapMu Tuhan.

Lemah lututku berdiri
di hadapanMu
Sedu sedan tangisku keharuan
hamba yang lemah serta hina ini
Engkau terima jua mendekati
bersimpuh di bawah duli kebesaranMu

Tuhan,
hamba tidak pasti 
bagaimana penerimaanMu
di kala mendengar pengaduan hamba
yang penuh dosa dan noda ini

Dalam wahyu yang engkau nuzulkan
Engkau berjanji
untuk sedia menerima pengaduan
dan sudi memberi keampunan

dan Muhammad Rasul-Mu
yang mulia itu ada nyatakan:
AmpunanMu Tuhan lebih besar
dari kesalahan insan

hamba percaya pada tutur kepastian itu
kerana itu hamba datang wahai Tuhan
bukan tidak redha dengan ujianMucuma hendak mengadu kepadaMu
tempat hamba kembali nanti
memohon sakinah,maghfirah dan mutmainnnah...

Bagaimana Kamu Menghadapi Kritikan Yang Tajam

Ini adalah risalah hikmat. Maka kamu wahai yang berdukacita, usahlah biarkan dirimu berterusan dalam arus kelemahan. Hidup tidaklah sentiasa indah, demikianlah langit tak selalu cerah kerana semua yang terjadi itulah aturan Tuhan.

          Orang-orang bodoh dan tidak tahu malu telah mencela Yang Maha Pencipta Yang Pemberi Rezeki, Yang Maha Agung. Mereka telah mencela Tuhan Yang Maha Esa yang tiada Tuhan selainNya. Lalu apa yang akan aku dan kamu perkirakan?, sedangkan kita adalah orang-orang yang suka melakukan dosa.

          Sesungguhnya kamu akan menghadapi suatu pertempuran sengit dalam kehidupanmu yang tiada henti-hentinya, berupa kritikan tajam yang mampu membelah hati. Kamu akan menghadapi penghancuran yang telah dianalisis dan dirancangkan, serta sebuah penghinaan yang tidak akan bererti apa-apa selama kamu memberi, membangun, berkorban, unggul dan berjaya.

          Tidak seorang pun di antara mereka yang akan menenangkanmu sehinggalah kamu dapat menghindari mereka melalui lorong di bumi atau tangga di langit. Adapun jika kamu masih berada di tengah-tengah mereka, maka tunggulah perlakuan buruk mereka kepadamu yang dapat menderaikan air matamu, yang dapat mencucurkan darah dari hujung matamu dan mampu menggoncangkan tempat tidurmu.


Seorang penyair berkata:

"Mereka menghasut seorang pemuda
di kala mereka tidak memperoleh
hasil jerih payahnya.
Mala manusia adalah musuh-musuh
dan lawan baginya."


          Sesungguhnya orang yang duduk di atas tanah tidak akan jatuh, dan manusia tidak akan menendang anjing yang mati. Tetapi mereka akan dengki dan marah kepadamu kerana kamu telah melebihi mereka dari segi ilmu atau akhlak atau pangkat atau harta.

           Jadi, kamu di mata mereka bagaikan seorang pendosa yang tiada keampunan lagi bagimu. Dan demikian akan menyebabkanmu meninggalkan keutamaan dan apa saja yang telah Allah berikan kepadamu, hingga kamu terlepas daripada sifat terpuji serta terlepas daripada segala kemuliaan, hingga kamu menjadi seorang yang benar-benar bodoh, benar-benar miskin dan benar-benar susah. Inilah sebenarnya yang mereka inginkan.

          Jika demikian, maka yang dapat menyanggah ucapan, kritikan dan celaan mereka adalah ungkapan, "Tetaplah wahai gunung Uhud." Jadikan dirimu bagaikan batu gunung yang bisu, yang ditakuti, yang mana pecahan-pecahan ais hancur lebur di atasnya demi menetapkan kewujudannya.

           Sesungguhnya jika kamu mendengar celoteh, dan kamu termakan oleh kata-kata mereka, bererti kamu telah memahami cita-cita tersembunyi mereka yang bertujuan menghancurkan kehidupan dan mengotori umurmu. Oleh sebab itu, usahlah kau layan dan maafkanlah mereka, jangan sampai kamu terasa bersempit dada di atas apa yang mereka rancangkan. Sesungguhnya kritikan pahit mereka merupakan tanda kehormatan bagimu, dan bergantung kualiti harga dirimu di situlah terdapat kritikan yang tajam.

          Sesungguhnya dirimu tidak akan mampu membungkam mulut mereka dan juga tidak akan mampu untuk menjerat lidah-lidah mereka, tetapi kamu mampu untuk menguburkan kritikan dan kegilaan mereka dengan menjauhi dirimu daripada mereka. Kamu biarkan mereka dengan urusan mereka dan kamu tidak menanggapi perkataan mereka

Allah berfirman:
ertinya:     "... matilah kamu kerana kemarahanmu itu ... " (Ali Imran, 119)

Seorang penyair berkata:

"Aku tidak akan peduli jika aku dicela
dengan kesedihan
oleh seekor kambing hutan.
Atau aku ditentang dari belakangku
oleh orang yang suka mencela."


Justeru kamu dapat menuangkan ke dalam mulut mereka potongan-potongan daging seiring menambahkan keutamaanmu, terdidiknya sikap baikmu dan terhapusnya sifat-sifat tercelamu.

Seorang penyair berkata:

"Jika sikapku yang terpuji yang aku
tampilkan merupakan cacat bagiku
maka katakanlah padaku bagaimana
aku harus memohon maaf."


Jika kamu ingin diterima dalam segala kalangan, dicintai oleh semua orang, terbebas daripada segala kecacatan di alam semesta ini, maka sesungguhnya kamu sedang mendambakan sesuatu yang mustahil dan kamu berangan-angan terlalu tinggi.

Hatim berkata:

"Satu kata daripada seorang pendengki tanpa
adanya suatu kesalahan.
Telah aku dengar, maka aku katakan
lewatlah dan menjauhlah daripadaku.
Mereka membantah atasku sedangkan ia
tidak mencelaku
Dia juga tidak menyebabkan dahiku berkerut
selamanya."

oleh : 'Aidh Abdullah al-Qarni

Monday 28 May 2012

Bersabar Itu Indah

Hiasilah dirimu dengan KESABARAN daripada celaan orang yang selalu membenci dengan rasa lapang dada, dengan keinginan yang kuat  dan jiwa yang mulia. Jika diriku dan dirimu tidak bersabar, lalu apa yang boleh kita lakukan? Apakah kamu mempunyai jalan keluar bagi semua masalah kita selain kesabaran? Apakah kamu tahu bekalan bagi kami selain kesabaran itu?

          Dahulu, terdapat seorang tokoh besar. Dia hidup dalam keadaan dikelilingi musibah dan berada di suatu medan yang selalu berpacu kesusahan di dalamnya. Setiap kali dia keluar daripada kesusahan, dia didatangi oleh kesusahan yang lain, sedangkan dia berperisaikan benteng kebal  kesabaran, mengenakan baju baja dengan optimis dan percaya kepada Rabbul Izzati. Dia mengungkapkan keadaannya,

"Zamanku selalu menentangku,
sedang ia tidak tahu
bahawa aku lebih mulia dan berbagai-bagai kejadian,
zaman menjadi hina
ketika aku tertidur, ia memperlihati daku bagaimana
keangkuhannya
Sedang aku pun tidur, aku perlihatkan pula
kepadanya bagaimana kesabaran itu."

Inilah yang dilakukuan oleh mereka sang bijak pandai, mereka menghalang rencaman cabaran dan meletakkan kesusahan di bawah kekuatannya.

          Pernah beberapa orang mengunjungi Abu Bakar, sedangkan ia dalam keadaan sakit. Mereka berkata, "Apakah kamu berkenan apabila kami panggilkan seorang tabib untukmu?" Ia menjawab, "Si doktor telah melihatku." Mereka bertanya, "Lalu apa yang ia katakan?" Jawab Abu Bakar, ia berkata, "Sesungguhnya Aku melakukan apa sahaja yang Aku mahu."

          Pernah seorang Salafus soleh sakit, maka orang ramai bertanya kepadanya, "Apa yang membuat anda sakit?" Ia menjawab,

"Jiwa-jiwa mati dek penyakit
yang terus-menerus,
Sedang para pengunjungnya tidak
mengetahui apa yang terjadi padanya.
Begitu juga air mata tidak dapat
menyedari apa yang ia keluhkan
tentang penyakitnya, kepada selain
kekasihnya."


          Bersabarlah dan tidaklah kamu bersabar, kecuali dengan pertolongan Allah, bersabarlah dengan kesabaran orang yang meyakini terdapatnya lubang keluar bagi musibah, mengetahui cara terbaik, memohon pahala, menginginkan pengguguran dosa. Bersabarlah meskipun begitu besar cubaan yang menerpamu dan musibah menjadi gelap di hadapanmu. Sesungguhnya kemenangan bersama kesabaran dan demi sesungguhnya jalan keluar itu sesudah kesusahan  dan sesudah kesusahan di situ ada kemudahan.

          Aku telah menelaah  sejarah orang-orang besar yang pernah hidup di bumi dan aku takjub atas kesabaran mereka yang besar serta kuatnya mereka dalam menanggung beban. Dugaan-dugaan itu selalu mengenai kepala mereka, seakan-akan titisan air yang sejuk, sedang ia dalam keadaan kukuh laksana gunung dan bersemangat dalam membela kebenaran, sehingga dalam waktu yang singkat wajah-wajah mereka bersinar bersama terbitnya fajar kemenangan, gembira akan pertolonganNya dengan setiap detik kemenangan.

          Seorang daripada mereka tidak cukup dengan bersabar saja, justeru ia menghadapi musibah dan menentangnya serta berteriak lantang di hadapannya dengan melantunkan syair keramat:

"Jika kamu memang memiliki kekekalan wahai zaman,
 yang dapat menghinakan orang-orang mulia, maka berikanlah!"

oleh : Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni

Sunday 6 May 2012

Mereka -Non-Muslim- Berbicara Tentang Islam (2)


Nabi Muhammad SAW Menurut Beberapa Tokoh Dunia Dan Mereka Yang Non Muslim


1) “Encyclopedia Britannica” Vol. 12
Sejumlah besar sumber awal menunjukkan bahwa dia adalah seseorang yang jujur dan berbudi baik yang dihormati dan ditaati orang-orang yang seperti dia (jujur dan berbudi baik).


2) Mahatma Gandhi – Komentar Mengenai Karakter Muhammad di “Young India”
Pernah saya tertanya-tanya siapakah tokoh yang paling mempengaruhi manusia. Saya lebih dari yakin bahawa bukan pedanglah yang memberikan kebesaran pada Islam pada masanya. Tapi ia datang dari kesederhanaan, kebersahajaan, kehati-hatian Muhammad; serta pengabdian luar biasa kepada teman dan pengikutnya, tekadnya, keberaniannya, serta keyakinannya pada Tuhan dan tugasnya. Semua ini (dan bukan pedang ) menyingkirkan segala halangan. Ketika saya menutup halaman terakhir volume 2 (biografi Muhammad), saya sedih kerana tiada lagi cerita yang tersisa dari hidupnya yang agung.


3) Sir George Bernard Shaw – “The Genuine Islam”, 1936, Vol. 1 No. 8
Jika ada agama yang berpeluang menguasai Inggeris bahkan Eropah – beberapa ratus tahun dari sekarang, Islamlah agama tersebut. Saya sentiasa menghormati agama Muhammad kerana potensi yang dimilikinya. Ini adalah satu-satunya agama yang bagi saya memiliki kemampuan menyatukan dan mengubah peradaban. Saya sudah mempelajari Muhammad, tokoh peribadi agung yang jauh dari kesan seorang anti-Christ, dia harus dipanggil ’sang penyelamat manusia’. Saya yakin, apabila orang seperti Muhammad memegang kekuasaan tunggal di dunia moden ini, dia akan berhasil mengatasi segala permasalahan sedemikian hingga membawa kedamaian dan kebahagiaan yang dibutuhkan dunia: Ramalanku, keyakinan yang dibawanya akan diterima Eropa di masa datang dan memang ia telah mulai diterima Eropa saat ini. Dia adalah manusia teragung yang pernah menjejakkan kakinya di bumi ini. Dia membawa sebuah agama, mendirikan sebuah bangsa, meletakkan dasar-dasar moral, memulai sekian banyak gerakan pembaharuan sosial dan politik, mendirikan sebuah masyarakat yang kuat dan dinamik untuk melaksanakan dan mewakili seluruh ajarannya, dan ia juga telah merevolusi pikiran serta perilaku manusia untuk seluruh masa yang akan datang. Dia adalah Muhammad SAW. Dia lahir di Arab tahun 570 Masihi. Memulai misi mengajarkan agama kebenaran, Islam (penyerahan diri pada Tuhan), pada usia 40 dan meninggalkan dunia ini pada usia 63. Sepanjang masa kenabiannya yang pendek (23 tahun), dia telah mengubah Jazirah Arab dari paganisme dan pemuja makhluk menjadi para pemuja Tuhan yang Esa, dari peperangan dan perpecahan antara suku menjadi bangsa yang bersatu, dari kaum pemabuk dan pengacau menjadi kaum pemikir dan penyabar, dari kaum tak berhukum dan anarkis menjadi kaum yang teratur, dari kehinaan ke keagungan moral. Sejarah manusia tidak pernah mengenal transformasi sebuah masyarakat atau tempat sedahsyat ini dan bayangkan ini terjadi dalam kurun waktu hanya 2 dekad.


4) Michael H Hart – “The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History” New York, 1978
Pilihan saya untuk menempatkan Muhammad pada urutan teratas mungkin mengejutkan semua pihak, tapi dialah satu-satunya orang yang sukses baik dalam tataran sekular mahupun agama (Hal. 33). Lamartine, seorang sejarawan terkemuka menyatakan bahawa: “Jika keagungan sebuah tujuan, kecilnya fasilitas yang diberikan untuk mencapai tujuan tersebut, serta menakjubkannya hasil yang dicapai menjadi tolok ukur kegeniusan seorang manusia; siapakah yang berani membandingkan tokoh hebat manapun dalam sejarah moden dengan Muhammad?”. Tokoh-tokoh itu membangun pasukan, hukum dan kerajaan saja. Mereka hanyalah menciptakan kekuatan-kekuatan material yang hancur bahkan di depan mata mereka sendiri. Muhammad bergerak tidak hanya dengan tentera, hukum, kerajaan, rakyat dan dinasti, tapi jutaan manusia di dua per tiga wilayah dunia saat itu; lebih dari itu, ia telah mengubah altar-altar pemujaan, sesembahan, agama, fikiran, kepercayaan serta jiwa. Kesabarannya dalam kemenangan dan ambisinya yang dipersembahkan untuk satu tujuan tanpa sama sekali berhasrat membangun kekuasaan, sembahyang-sembahyangnya, dialognya dengan Tuhan, kematiannnya dan kemenangan-kemenangan (umatnya) setelah kematiannya; semuanya membawa keyakinan umatnya hingga ia memiliki kekuatan untuk mengembalikan sebuah dogma. Dogma yang mengajarkan ketunggalan dan keghaiban (immateriality) Tuhan yang mengajarkan siapa sesungguhnya Tuhan. Dia singkirkan tuhan palsu dengan kekuatan dan mengenalkan tuhan yang sesungguhnya dengan kebijakan. Seorang filsuf yang juga seorang deklamator(pemidato), apostle (hawariyyun), prajurit, ahli hukum, penakluk idea, pengembali dogma-dogma rasional dari sebuah ajaran tanpa pengidolaan, pendiri 20 kerajaan di bumi dan 1 kerajaan spiritual, ialah Muhammad. Dari semua standard bagaimana kehebatan seorang manusia diukur, mungkin kita patut bertanya: “Adakah orang yang lebih agung daripadanya?”


5) Lamartine – “Histoire de la Turquie” Paris, 1854, Vol. II, Hal. 276-277
Dunia telah menyaksikan banyak peribadi-peribadi agung. Namun, daripada  orang tersebut hanyalah seorang yang sukses pada 1 atau 2 bidang saja misalnya agama atau militer. Hidup dan ajaran orang ini seringkali diselimuti kabut waktu dan zaman. Begitu banyak spekulasi tentang waktu dan tempat lahir mereka, cara dan gaya hidup mereka, sifat dan detail ajaran mereka, serta tingkat dan ukuran kesuksesan mereka sehingga sulit bagi manusia untuk merekonstruksi ajaran dan hidup tokoh-tokoh ini. Namun begitu, tidak pula bagi orang ini. Muhammad SAW telah begitu tinggi menggapai dalam berbagai-bagai bidang pikir dan perilaku manusia dalam sebuah episod cemerlang sejarah manusia. Setiap detail dari kehidupan peribadi dan ucapan-ucapannya telah secara akurat didokumentasikan dan dijaga dengan teliti sampai saat ini. Keaslian ajarannya begitu terjaga, bukan saja oleh sebab penelusuran yang dilakukan para pengikut setianya tapi juga oleh para penentangnya. Muhammad adalah seorang agamawan, reformis sosial, teladan moral, administrator massa, sahabat setia, teman yang menyenangkan, suami yang penuh kasih dan seorang ayah yang penyayang. Semua menjadi satu. Tiada lagi manusia dalam sejarah melebihi atau bahkan menyamainya dalam setiap aspek kehidupan tersebut. Hanya dengan keperibadian seperti dialah keagungan seperti ini dapat diraih.


6) KS Ramakrishna Rao (Professor Filsafat) – Dalam Bukletnya, “Muhammad, The Prophet of Islam”
Keperibadian Muhammad, sangat sulit untuk menggambarkannya dengan tepat. Saya pun hanya dapat menangkap sekilas saja, betapa ia adalah lukisan yang indah. Anda dapat lihat Muhammad sang Nabi, Muhammad sang pejuang, Muhammad sang pengusaha, Muhammad sang negarawan, Muhammad sang orator ulung, Muhammad sang pembaharu, Muhammad sang pelindung anak yatim piatu, Muhammad sang pelindung hamba sahaya, Muhammad sang pembela hak wanita, Muhammad sang hakim, Muhamad sang pemuka agama. Dalam setiap peranannya tadi, ia adalah seorang pahlawan. Saat ini, 14 abad kemudian, kehidupan dan ajaran Muhammad tetap selamat, tiada yang hilang atau berubah sedikit pun. Ajaran yang menawarkan secercah harapan abadi tentang ubat atas segala penyakit kemanusiaan yang ada dan telah ada  sejak masa hidupnya. Ini bukanlah klaim seorang pengikutnya tapi juga sebuah simpulan tak terelakkan dari sebuah analisis sejarah yang kritis dan tidak bias.


7) Prof. (Snouck) Hurgronje
Liga bangsa-bangsa yang didirikan Nabi umat Islam telah meletakkan dasar-dasar persatuan internasional dan persaudaraan manusia di atas fondasi yang universal yang menerangi bagi bangsa lain. Buktinya, sampai  saat ini tiada satu bangsa pun di dunia yang mampu menyamai Islam dalam pencapaiannya mewujudkan idea persatuan bangsa-bangsa. Dunia telah banyak mengenal konsep ketuhanan, telah banyak individu yang hidup dan misinya lenyap menjadi legenda. Sejarah menunjukkan tiada satu pun legenda ini yang menyamai bahkan sebahagian dari apa yang Muhammad capai. Seluruh jiwa raganya ia curahkan untuk satu tujuan: menyatukan manusia dalam pengabdian kepada Tuhan dalam aturan-aturan ketinggian moral. Muhammad atau pengikutnya tidak pernah dalam sejarah menyatakan bahwa ia adalah putera Tuhan atau reinkarnasi Tuhan atau seorang jelmaan Tuhan, dia selalu sejak dahulu sampai saat ini menganggap dirinya dan dianggap  oleh pengikutnya hanyalah sebagai seorang pesuruh yang dipilih Tuhan.


8) Thomas Carlyle – Dalam Karyanya, “Heroes and Hero Worship”
Betapa menakjubkan, seorang manusia sendirian dapat mengubah suku-suku yang saling berperang dan kaum nomad menjadi sebuah bangsa yang paling maju dan paling berperadaban hanya dalam waktu kurang dari 2 dekad. Kebohongan yang dipropagandakan kaum Barat yang diselimutkan kepada orang ini (Muhammad) hanyalah memalukan diri kita sendiri. Segumpal jiwa besar yang tenang, seorang yang mahu tidak mahu harus dijunjung tinggi. Dia diciptakan untuk menerangi dunia, begitulah perintah Sang Pencipta Dunia.


9) Edward Gibbon & Simon Ockley – Dikemukakan pada “Profession of Islam”
“Saya Percaya bahawa Tuhan adalah Tunggal dan Muhammad adalah Pesuruh-Nya” merupakan pengakuan kebenaran Islam yang simple dan seragam. Tuhan tidak pernah dihinakan dengan pujaan-pujaan kemakhlukan; penghormatan terhadap Sang Nabi tidak pernah berubah menjadi pengkultusan(pemujaan) berlebihan; dan prinsip-prinsip hidupnya telah memberinya penghormatan dari pengikutnya dalam batas-batas akal dan agama.


10) “History of the Saracen Empires”, London, 1870, Hal. 54
Muhammad tidak lebih dari seorang manusia biasa. Tapi ia adalah manusia dengan tugas mulia untuk menyatukan manusia dalam pengabdian terhadap satu dan hanya satu Tuhan serta untuk mengajarkan hidup yang jujur dan lurus sesuai perintah Tuhan. Dia selalu menggambarkan dirinya sebagai hamba dan pesuruh Tuhan dan demikianlah juga setiap tindakannya.


11) Sarojini Naidu (Penyair Terkenal India) – “Ideals of Islam” Madras, 1918, Hal. 169
Inilah agama pertama yang mengajarkan dan mempraktikkan demokrasi; di setiap masjid, ketika azan dikumandangkan dan jemaah telah berkumpul, demokrasi dalam Islam terwujud 5 kali sehari ketika seorang hamba dan seorang raja berlutut berdampingan dan mengakui: “Allah Maha Besar”. Saya terpukau lagi dan lagi oleh kebersamaan Islam yang secara naluriah membuat manusia menjadi bersaudara.


12)Diwan Chand Sharma – “The Prophets of the East”, Kalkuta, 1935, Hal. 12
Muhammad adalah tokoh penuh kebaikan, pengaruhnya dirasakan dan tak pernah dilupakan orang-orang terdekatnya.


13) James A Michener – “Islam: The Misunderstood Religion” di Reader’s Digest, Mei 1955, Hal. 68-70
Muhammad, seorang inspirasi yang mendirikan Islam, dilahirkan pada tahun 570 masihi dalam masyarakat Arab penyembah berhala. Yatim semenjak kecil dia secara khusus memberikan perhatian kepada fakir miskin, yatim piatu dan janda, serta hamba sahaya dan kaum lemah. Di usia 20 tahun, dia sudah menjadi seorang pengusaha yang sukses, dan menjadi pengelola bisnis seorang janda kaya. Ketika mencapai usia 25, sang majikan melamarnya. Meski usia perempuan tersebut 15 tahun lebih tua Muhammad menikahinya dan tetap setia kepadanya sepanjang hayat sang isteri. Seperti halnya para nabi lain, Muhammad memulai tugas kenabiannya dengan sembunyi-sembunyi dan ragu-ragu kerana menyedari kelemahannya. Tapi “Baca” adalah perintah yang diperolehnya dan, meskipun sampai saat ini diyakini bahawa Muhammad tidak dapat membaca dan menulis – keluarlah dari mulutnya 1 kalimat yang akan segera mengubah dunia: “Tiada Tuhan Selain Allah”. Sesaat setelah ia meninggal, sebahagian pengikutnya hendak memujanya sebagaimana Tuhan dipuja, akan tetapi penerus kepemimpinannya (Abu Bakar) menepis keinginan umatnya itu dengan salah satu pidato religius terindah sepanjang masa: “Jika ada di antara kalian yang menyembah Muhammad, maka ketahuilah bahwa ia telah meninggal. Tapi jika Tuhan-lah yang hendak kalian sembah, ketahuilah bahwa Ia hidup selamanya.” (ayat terkait: Q.S. Al Imran, 144).


14) W Montgomery Watt – “Mohammad at Mecca”, Oxford, 1953, Hal. 52.
Kesiapannya menempuh tentangan atas keyakinannya, ketinggian moral para pengikutnya, serta pencapaiannya yang luar biasa semuanya menunjukkan integritasnya. Menyangka Muhammad sebagai seorang penipu hanyalah memberikan masalah dan bukan jawapan. Lebih dari itu, tiada figur hebat yang digambarkan begitu buruk di Barat selain Muhammad.


15) Annie Besant – “The Life and Teachings of Muhammad”, Madras, 1932, Hal. 4
Sangat mustahil bagi seseorang yang mempelajari karakter Nabi Bangsa Arab, yang mengetahui bagaimana ajarannya dan bagaimana hidupnya untuk merasakan selain hormat terhadap beliau, salah satu utusanNya. Dan meskipun dalam semua yang saya gambarkan banyak hal-hal yang terasa biasa, namun setiap kali saya membaca ulang kisah-kisahnya, setiap kali pula saya merasakan kekaguman dan penghormatan kepada sang Guru Bangsa Arab tersebut.


16) Bosworth Smith – “Mohammad and Mohammadinism”, London, 1874, Hal. 92.
Dia adalah perpaduan Caesar dan Paus; tapi dia adalah sang Paus tanpa pretensinya dan seorang Caesar tanpa legionnaire-nya: tanpa tentera, tanpa pengawal, tanpa istana, tanpa pengahasilan tetap; jika ada seorang manusia yang layak untuk dikatakan bahawa dialah wakil Tuhan penguasa dunia, Muhammadlah orang itu, kerana dia memiliki kekuatan meski dia tak memiliki segala instrumen atau penyokongnya.


17) JW Draper – “A History of the Intellectual Development of Europe”, London, 1875, Vol.1, Hal. 329-330
Empat tahun setelah kematian Justinian, pada 569 AD, telah lahir di Mekah Arabia seorang manusia yang sangat besar pengaruhnya terhadap umat manusia.


18) John Austin – “Muhammad the Prophet of Allah” di TP’s & Cassel’s Weekly, 24 September 1927
Dalam kurun waktu hanya sedikit lebih dari 1 tahun, ia telah menjadi pemimpin di Madinah. Kedua tangannya memegang sebuah tuas yang siap menggoncang dunia.

19) Professor Jules Masserman
Pasteur dan Salk adalah pemimpin dalam 1 hal (intelektualitas). Gandhi dan Konfusius pada hal lain serta Alexander, Caesar dan Hitler mungkin pemimpin pada kategori ke 2 dan ke 3 (religi dan militer). Mungkin pemimpin terbesar sepanjang masa adalah Muhammad, yang sukses pada ketiga-tiga kategori tersebut. Dalam skala yang lebih kecil, Musa melakukan hal yang sama.