Sunday 19 February 2012

Satu Teori Sejarah Tentang Nama Hari


Sebahagian orang percaya bahawa langit itu berlapis tujuh. Ini ada kaitannya dengan tujuh 'benda langit' yang memiliki jarak yang berbeza. Maksudnya benda yang lebih cepat masa perjalanannya dianggap lebih dekat jaraknya. Lalu akan digambarkan seolah-olah benda-benda tersebut berada pada lapisan langit yang berbeza-beza dan mereka mengelilingi bumi yang berada di tengah-tengah. Di langit pertama ada Bulan, benda langit yang bergerak cepat sehingga dianggap paling dekat. Langit yang kedua ditempati Merkuri (bintang Utarid). Venus (bintang Kejora) ditempat ketiga. Kemudian Matahari di posisi keempat. Di langit kelima adalah Mars (bintang Marikh) langit ke enam adalah Jupiter (bintang Musytari) dan yang ketujuh adalah Saturnus (bintang Ziarah). Inilah keyakinan lama yang menganggap Bumi sebagai pusat semesta.

Orang-orang dahulu (khususnya Romawi dan Yunani) percaya bahawa ketujuh-tujuh benda langit itu ialah dewa-dewa yang mempengaruhi kehidupan di Bumi. Pengaruhnya berganti dari jam ke jam, dengan urutan mulai dari yang terjauh (menurut pengetahuan mereka) iaitu Saturnus, sampai yang terdekat iaitu Bulan. Pada jam 00.00, Saturnuslah yang dianggap berpengaruh pada kehidupan manusia. Sebab itu, hari pertama disebut Saturday (hari Saturnus) dalam bahasa Inggeris, atau Sabtu dalam bahasa Melayu, Sabti dalam bahasa Arab, dan Sabbath dalam Ibrani. Ternyata, jika kita menghitung hari sampai tahun 1 Masihi, tanggal 1 Januari tahun 1, memang jatuh pada hari Sabtu.

Bila disusun selama 24 jam, jam 00.00 berikutnya jatuh pada Matahari. Jadilah hari itu sebagai hari Matahari (Sunday). Setelah Sun’s day adalah Moon’s day (Monday). Hari berikutnya adalah Tiw’s day (Tuesday). Tiw adalah nama Anglo-Saxon untuk Dewa Mars (dewa perang Romawi kuno). Berikutnya adalah Woden’s day (Wednesday). Woden adalah nama Anglo-Saxon untuk Dewa Merkuri (dewa perdagangan Romawi kuno). Berikutnya lagi Thor’s day (Thursday). Thor adalah nama Anglo-Saxon untuk Dewa Jupiter (dewa Petir, raja para dewa Romawi). Terakhir adalah Freyja’s day (Friday). Freyja adalah nama Anglo-Saxon untuk Dewi Venus (dewi kecantikan Rowawi kuno).

Jumlah hari yang ada tujuh itu, dalam bahasa Arab, nama-nama harinya disebut berdasarkan urutan: satu, dua, tiga, sampai tujuh, iaitu ahad, itsnain, tsalatsah, arba’ah, khamsah, sittah dan sab’ah. Bahasa Melayu mengikuti penamaan Arab ini, sehingga menjadi Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu. Hari keenam disebut secara khusus: Jumaat, sebab itulah penamaan yang diberikan Allah di dalam Al-Qur’an, yang menunjukkan adanya kewajipan solat Jumaat berjemaah.

Penamaan Minggu berasal dari bahasa Portugis, Dominggo, yang berarti hari Tuhan. Ini berdasarkan kepercayaan Kristian bahawa pada hari itu Jesus bangkit. Tetapi, orang Islam tidak mempercayai hal itu (berbeza agama maka beza pula cerita yang diceritakan agama masing-masing), sehingga lebih menyukai pemakaian “Ahad” daripada “Minggu”.

Saturday 18 February 2012

Kuntuman Mawar Yang Berbilang

Penat kalbu merindu
namun diri tetap membisu
ada tembok kata , namun hanya mampu tersergam

sekarang sudah lewat , maka bunga sudah terbayar

dan aku kian mengerti
mawar bukanlah satu

usahlah sedih wahai si fulan
sebab tuhan menyelamatkanmu

Tokoh Yang Paling Diingati Di Mata Dunia

Siapakah orang yang lebih terkenal daripada Lionel Messi dan C. Ronaldo ? Siapakah yang lebih handal daripada Genghis Khan ? Siapakah orang yang lebih berjasa daripada Benjamin Franklin ? Siapakah yang lebih hebat daripada Alexander Fleming ? Siapakah tokoh yang menggegarkan dunia, yang lebih diingati daripada Jesus Christ ?

Insan mulia tersebut ialah junjungan besar kita, nabi Muhammad saw yang maksum. Apabila berjalan di terik mentari, gumpalan awan akan melindungi baginda daripada haba yang membahang. Apabila bergaul, tiada apa yang lebih indah daripada melihat akhlak budi pekertinya yang tinggi. Apabila berkata-kata, tiada apa yang lebih baik daripada ucapan yang dilontarkan bibirnya . Lihatlah sendiri, betapa banyaknya hikmat(sunnah) yang ditinggalkannya untuk dijadikan panduan hidup? Adakah orang yang lebih banyak mutiara katanya daripada al-amin? Sudah tentu tidak!

Nabi saw seorang yang sangat suci bersih hatinya daripada perbuatan maksiat. Hati yang suci telahpun disucikan dengan air zam zam oleh dua makhluk mulia yang dicipta daripada cahaya, maka mungkinkah hati itu boleh ternoda dengan kejahatan? Pepohonan menunduk apabila beliau berjalan melewatinya, unta mencium kakinya sebagai penghormatan, para sahabat memuliakannya seperti seorang raja, walaupun realitinya baginda hidup dalam keadaan yang miskin. Lihatlah betapa mulianya darjat seorang kekasih Tuhan.

Rasulullah, manusia yang paling diingati oleh sekalian umat manusia. Apakah buktinya? Tiap2 hari umatnya berselawat kepadanya di dalam solat, memujinya selepas solat, mendoakannya sebelum tidur, mengamalkan sunnah dan mengikuti pengajarannya. Bukankah itu sudah terlebih cukup bagi membuktikan baginda lebih diingati daripada tokoh tokoh di serata dunia? Baginda, tokoh yang berjasa kepada umat manusia dalam memimpin mereka keluar daripada kesesakan jahiliyah. Pembawa agama baru, yang mengajak menyembah Tuhan yang sama dengan tuhan yang disembah Adam dan Ibrahim.
Baginda menunjukkan sifat2 mulia sehingga baginda menjadi suri tauladan yang utama di mata dunia. Maka benarlah kata-kata Allah:

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.(QS. Al Ahzab 21)

Kebenaran ini tidak akan dapat disembunyikan, melainkan iktiqad hati yang tidak mahu mempercayai realiti. Bagindalah yang telah berjaya menyebarkan ajaran indah, ajaran yang tidak pernah mengecewakan insan yang menganutinya, di serata bumi di Timur Tengah dan Afrika Utara, sehingga amat dikenali sehingga kini. Tahukah anda bahawa Muhammad saw memegang ranking yang nombor 1 dalam senarai tokoh yang berpengaruh dalam sejarah? Catatan ini termaktub dalam sebuah buku karangan Michael H. Hart, "The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History" . Jelaslah bahawa baginda seorang yang paling dirindui dalam sejarah.

Hati Yang Tersenyum Senang

Rasulullah ialah seorang manusia yang sempurna . Di medan perang nabi saw  ialah seorang jeneral profesional yang menguasai taktik dan strategi bertempur. Di tengah masyarakat , beliau seorang teman , sahabat , guru , dan  pemimpin yang menyenangkan . Di rumah pula , beliau menjadi ketua rumah tangga yang dapat mendatangkan rasa aman , kasih sayang , sekaligus kebahagiaan . Beliau suami yang romantik . Nabi  biasa memanggil isterinya Aisyah, dengan panggilan yang indah : Ya Humaira ( wahai si merah jambu ) . Wanita mana yang tidak tersanjung saat dipanggil suaminya dengan panggilan ini ? Telinga siapa yang tidak ingin mendengar sapaan seperti ini ? Tapi keindahan itu tercipta bukan sebab beliau ahli merayu , melainkan kerana hati beliau memang bersih dan indah . Dari hati yang indah itulah keluar kata-kata , perilaku , dan sikap yang indah . Dari keindahan hati itulah terpancar segala keindahan dari setiap yang dipandang dan ditemuinya . 


Memang , betapa indah hari-hari kehidupan di mata Rasulullah . Romantisme tidak hanya berlaku bagi isteri-isterinya , juga anak-anak , bahkan warga tua dan semua makhluk Allah Subhanahu wa Ta`ala lainnya pun merasakannya . Begitu dekatnya Rasulullah dengan unsur-unsur di alam sekitar. Setiap kali berhadapan dengan mereka beliau kerap menyapanya dengan ungkapan: Rabbiy wa Rabbukallaah ( Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah ) . Ketika melihat sekuntum bunga yang mulai terbuka kelopaknya , kalbunya bergetar , hatinya bersuka cita, dan segera beliau mendatanginya, mencium dengan bibirnya, dan mengusapnya dengan sifat kasih sayang . Tak lupa beliau mengucapkan: ‘aamu khairin wa barakatin insya Allah ( tahun baik dan penuh berkah , insya Allah ) . Demikian pula ketika beliau mendapati bulan sabit di awal-awal malam kemunculannya, tak lupa menyambutnya dengan sukacita . Dengan penuh optimis beliau bercakap tentangnya: hilaalu khairin wa baarakatin insya Allah (awal bulan yang baik dan penuh berkah, insya Allah ) . 


Setelah menyambut dengan tahniah ( ungkapan kegembiraan ), beliau juga tak lupa berdoa: Allahumma ahillahu ‘alaina bilyumni wal iimaani wassaalamati wal islaami ( Ya Allah, jadikan permulaan bulan ini membawa keuntungan, iman, keselamatan, dan Islam) . Apa bezanya bulan yang ditatap Rasulullah empat belas abad yang lampau dengan bulan yang kita lihat setiap malam ? Bukan bulannya yang berbeza , tapi cara pandangnya yang berlainan. Rasulullah memandangnya dengan cahaya iman , sedang kita mungkin memandangnya dengan hati yang masih ragu. Rasulullah melihat di balik bulan ada kebesaran Allah, sedang kita melihat bulan tidak lebih dari sekadar materi. Beliau melihat bulan dari perspektif waktu yang akan datang (dengan visi), sedang kita melihatnya sakadar dengan “menghitung hari” .


 Melalui tulisan ini, saya mengajak seluruh kawan yg mencari hidayah , mari kita tatap dunia ini dengan senyuman , sebagai petanda bahawa kita bersyukur dan berterima kasih kepada Allah, sebab bulan dan matahari masih dipergilirkan, siang dan malam masih terus berputar. Ada waktu untuk berbuat dan beramal . Mari kita tatap masa depan dengan penuh harapan. Tak usah berkecil hati, sekalipun tentangan sebesar dan sebahaya gunung berapi. Kita masih miliki Tuhan, pemilik dan penguasa alam semesta. Di tangan-Nya tergenggam seluruh nyawa, sekaligus kehendak-Nya. Sekali diputar, semuanya akan berubah.Tersenyumlah, sebagaimana Rasulullah tersenyum ketika menyapa matahari terbit setiap pagi, dan bulan yang mengorbit setiap malam. Tersenyumlah dan sapalah sesama kita dengan sukacita sebagaimana beliau selalu melahirkan kebahagiaan kepada keluarga dan sesama manusia. Semoga kita menjalani hari-hari yang indah dengan langkah dan ungkapan Bismillah .

Penyuluh Jalan Kecemerlangan PMR

Apakah yang perlu dilengkapkan oleh tiap2 pelajar... bagi menempuhi onak ranjau dalam menggapai kejayaan terbilang PMR ? 

Jawapannya tersangatlah mudah, iaitu RAJIN . Orang yang berjaya tidaklah pandai dengan sendirinya, melainkan sebelum itu dia insan yang buta dan tuli dalam memahami ilmu, dia menyingkap langsir jendela supaya memperoleh sinar mentari, lalu dia merenung sesaat untuk berfikir , begitulah keadaan insan yang kehausan ilmu. Lembaran demi lembaran , kitab demi kitab diselak dalam mentelaah ilmu. kegigihan yang dilentur secara konsisten, tanpa menghiraukan penat lelah, dan dia tidak pula mengenal erti kebosanan dalam pembelajaran. ilmu , amatlah manis dan kemanisannya itu amatlah mulia sehingga termaktub kekal sehingga hari kiamat di dalam kitab2 sahih, menerusi lisan nabi saw sendiri : 

Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya”. (at-tirmizi)

Dalam usaha menjalani detik2 menuntut ilmu, ingatlah kita bahawa ilmu itu milik Allah, Dzat yang Maha Mulia, pemilik kepada ilmu yang sangat luas malah gambaran ilmuNya lebih luas daripada seluruh isi alam ! Telah diterangkan kpd kita sejak dahulu lagi, belajarlah daripada manusia yang soleh, yang mengingatiNya bagi memperoleh ilmu yang berkah. Firmannya :

“Maka tanyalah oleh mu akan orang yang ahli zikri (orang yang alim) jikalau kamu tidak mengetahui”. (al-anbiya 21:7)

Zaman pembelajaran tidak akan tamat sehingga manusia menemui ajal. Contohilah para ulama dan tokoh2 islam yang sentiasa belajar sehingga ke liang lahad. Sukses, bukanlah 1 anugerah bagi orang yang pandai, melainkan 1 penghargaan bagi orang yang gigih.



*khas untuk pelajar 2 Ali 2011 dan 3 Omar 2012