Sunday 24 June 2012

Penciptaan Langit Dan Bumi Adalah Dalam Enam Masa

[10:3] Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa.

BETULKAH DALAM 6 MASA ?


[41:9] Katakanlah: "Sesungguhnya patutkah kamu kafir kepada yang menciptakan bumi dalam dua masa.

[41:10] Dan Dia menciptakan di bumi itu gunung-gunung yang kukuh di atasnya. Dia memberkahinya dan Dia menentukan padanya kadar makanan-makanan (penghuni)nya dalam empat masa.

[41:12] Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa.

Sekarang kiralah sendiri : 2(bagi bumi) + 4(kadar makanan) + 2(bagi langit) = LAPAN hari; dan BUKAN ENAM !!!

Apa respon anda sesudah membaca terjemahan ayat di atas?

KENTALKAN IMAN !!
jangan terdetik walau sedikit pun keraguan terhadap ayat Allah, sebab kita sudah maklum dan pasti, bahawa Qur'an tidak mungkin terdapat percanggahan ayat dalamnya.

Namun persoalannya bagaimana dengan ayat ini.......................................?



Inti yang ditanyakan adalah persoalan logika dan bukan matematik murni seperti yang dijelaskan kerana hal ini bersangkut dengan kegiatan nyata. Dalam hal ini terjadi kesalahan iaitu 2(bagi bumi) + 4(kadar makanan) + 2 (bagi langit) = LAPAN hari, sebab boleh jadi kenyataan untuk kegiatan tahap I pembuatan bumi sendiri dalam 2 masa, sedangkan tahap I dilakukan juga pembuatan langit secara bersamaan iaitu dalam 2 masa, dan tahap  II pembuatan makanan, dll dalam 4 masa, sehingga total yang diperlukan hanya 6 masa, sesuai dgn Qs. Yunus 3 dan beberapa ayat lain.

Hai, pada mulanya aku memang pening memikirkan fasal ini. Jawapan tersebut bersumberkan rakan-rakan yang arif yang belajar memahami tafsir al-Qur'an, dalam satu perjumpaan maya.



Tambahan untuk penjelasan di atas... ibarat membuat rumah berserta kelengkapannya memerlukan asas dan kerangka rumah(bumi) perlukan 2 masa, sekarang ketika membuat asas dan kerangka rumah sekaligus dipasangkan juga kelengkapan alatan rumah(langit) yang diperlukan misalnya perpaipan dan lain-lain. Asas dan kerangka rumah memerlukan 2 masa begitu juga kelengkapan rumah memerlukan 2 masa, tentu pengumpulan waktunya bukan 4 masa tapi cukup 2 masa.


Sebenarnya persoalan tersebut banyak dijumpai di website-website pendakwah kristian, mengapa harus mencari-cari kesalahan agama lain jika mahu menyebarkan agama sendiri, sedangkan kitab sendiri yang diakui suci juga diketahui olehnya banyak kesalahan.

Demikianlah akibatnya jika hanya membaca kitab al-Qur'an hanya dengan penterjemahan secara langsung saja, lebih-lebih lagi jika pemikirannya adalah 'straight to the point'. Inilah KALAMULLAH, malahan kerana bahasanya indah kalaupun kita kepayahan untuk memahaminya.



Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran. 

Statement di bawah adalah copaste. kerana ia sesuai dijadikan nasihat. 



Jika hidup sekadar hidup
  Babi di hutan juga hidup
  Kalau bekerja sekadar bekerja
  Kera juga bekerja
  (Prof. Dr. Madya Hamka, Alm)

Jika percaya setakat percaya
  Penyembah pokok dan batu pun percaya
  Jika yakin sekadar yakin
  Penyembah Zeus dan puluhan "tuhan anak"-nya pun yakin

Andai keyakinan tidak boleh diganggu
  Kerana datangnya dari hati
  Lalu ...
  Apakah itu bererti semua keyakinan & kepercayaan itu BENAR???

Tentu tidak mungkin semua keyakinan itu benar
  Mustahil semua kepercayaan itu benar
  Tidak mungkin Tuhan menurunkan banyak kebenaran
  Tuhan pasti hanya menurunkan 1 ajaran yang masih MURNI

Apa buktinya?
  Bukan kata orang, kerana orang itu tak sempurna
  Bukan kata media, kerana media buatan orang
  Bukan kata mereka, kerana lain orang lain pendapat

Bukti terkuat ialah "KATA TUHAN"
  Bukti terkuat ialah Firman Tuhan
  Bukti terkuat ialah KITAB DARI TUHAN

Jika benar dari Tuhan
  Maka tak boleh ada kesalahan sedikitpun di dalamnya
  Dari segi sastera, matematik, astronomi, anatomi, sains DLL

Sunday 10 June 2012

Semua Cantik :)

Thread kali ni aku nak sound golongan wanita okay. Untuk wanita ISLAM. Actually aku pun tak suka sound2 orang ni. Tapi teguran ini adalah untuk kebaikan awak dan saya. Hahaha gedik je. Saya tahu awak sangat suka bersolek. Kadang-kadang. awak sanggup dress up dalam bilik sorang-sorang kan?... hanya dengan alasan mahu snap picture untuk ditayangkan dalam PESBUK. Tak mengapalah sebab saya faham, awak memang kepingin dipandang cantik. Itu memang fitrah. Wanita mana pula yang ingin dipandang hodoh? Mana? Mana? Mana?

Tapi..............................

Awak kena tahu.....

Kecantikan awak bukanlah untuk tayangan free bagi lelaki ajnabi macam saya. Itu wanita murahan namanya dan tak sesuai dengan apa yang disyariatkan oleh agama kita. Betul tak?
Actually, boleh je awak nak tayang kecantikan awak tu, dengan syarat awak tutup aurat dengan sempurna, tidak bertabarruj dan dengan gaya yang sopan. Tapi keunikan awak ni dah tak special lah untuk sang suami kan? Sayangnyaa~

Humph... Awak post gambar-gambar awak yang tidak menutup aurat itu dalam facebook. Hukumnya haram berdosa sebanyak mata memandang. Manusia memang pandang remeh kan bab aurat? Lelaki sememangnya dijadikan Tuhan memandang indah kepada perempuan, buktinya ada di sini. Dan syahwat sememangnya satu makhluk yang berkuasa dalam diri seorang lelaki. Boleh jadi seorang lelaki ambil gambar awak, simpan dalam phone, print dan sebagainya, then mereka tunjukkan pada kawan-kawan and sebar-sebarkan. Jahat kan ? Tapi bukan saya tau! 

Hai, itu memang padanlah dengan wanita yang cantik macam awak. Pasti menjadi kegilaan ramai.

OH ! Macam mana pula dengan awak yang mengedit gambar? Saya tengok awak edit pic awak putih melepak. Dah mengalahkan orang korea kan? Cukuplah. Itu bukanlah hakikat kecantikan. Awak sebenarnya sedang berpura-pura dan berbangga dengan kecantikan yang dusta. Awak... ingatlah keayuan itu fana' dan semua orang akan menjadi tua :). Bahkan saya jua. Hmm, Tuhan tidak menilai kita melalui wajah dan rupa paras, tetapi melalui hati. :)

"Tidak mengapalah seandainya kau tidak memiliki wajah yang cantk untuk menjadi rebutan dan sebutan ramai manusia, asal kau punya akhlak yg baik yg menjadi kebanggaan agama, Allah dan rasulmu. itu sudah terlebih baik dan amat cantik." (Saidatina Khadijah)

Usahlah awak risau memikirkan kalau awak tak cantik, sebab awak akan cantik juga nanti di syurga. Betul tak?

Awak... Pernah tak awak terfikir.....?


Bagaimana keadaan facebook setelah awak meninggal dunia? Password pula hanya awak yang tahu dan gambar awak yang sexy-mexy tu pula akan abadi dalam facebook sampailah dunia kiamat. Macam mana dengan saham? Awak telah menabung dosa selama itu. Dan yang pasti gambar-gambar awak tu tak mungkin akan menyelamatkan awak daripada azab kubur kan? Boleh saja awak mati setelah ini, bahkan ketika sedang membaca thread ni pun awak boleh meninggal dunia. Seram tak?

Jadi... melalui tulisan ini saya mahu awak berfikir, manakah jalan yang awak akan ikut. Fikirlah dan jangan mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan. ^_^

# Huu~ Portugal kalah 1-0 dengan German T-T

Saturday 9 June 2012

Pertanyaan Menentang Daripada Seorang Non Muslim

Dua orang yang hampir dengan Nabi Muhammad meragukan kenabiannya & menolak memeluk Islam, iaitu isteri dan pak cik baginda?
Jika org terdekatnya tidak menerima Islam dan meragukan kenabiannya, bererti Islam itu banyak keanehan dan nabi muhammad pun aneh.


GILA !


Pertanyaan yang "kacang" namun mempunyai pengaruh yang tinggi dalam menggugat keteguhan iman seorang muslim yang kurengg ilmunya. hahaha.  Aku kagum dengan pemikirannya walaupun "kolot". Statement yang diketengahkan untuk menghancurkan muslimers dipatahkan kembali oleh beberapa orang rakan seagama. Ha3.


A : Ternyata ada hikmah di sebalik keraguan pak cik & hamba Nabi Muhammad SAW, yakni Abu Lahab & Ummu Jamil yang memusuhi bahkan melemahkan penegakan risalah Islam yang dibawa oleh anak saudaranya. Andai pada waktu itu penegakan risalah Islam tiada mendapatkan halangan apapun baik daripada pihak luar ataupun daripada pihak keluarga beliau sendiri, yang dikhuatirkan kelak di masa nanti Islam justeru didakwa oleh para non muslim, hanyalah ajaran adat buatan orang Arab.


B : I
ngat, anak dan isteri Nabi Nuh juga tidak percayakan khabar dari Nuh,

ayah Ibrahim penyembah berhala juga tidak mempercayai anaknya...
~Orang yahudi juga tidak percaya kebenaran Jesus.. hinggakan mereka beramai2 mencari Jesus untuk dibunuh di kayu salib...

Konklusinya Jesus jauh lebih aneh kan... tapi bukan begitu cara berfikirnya hai kawan yang hansome...
Berbual logik itu memang pelik, tapi begitulah garis Tuhan...

Kritikan untuk thread anda... isteri nabi itu malahan ialah orang pertama yang paling percaya kenabian Muhammad, pak ciknya juga percaya pada Muhammad, dia hanya enggan untuk menunjukannya di depan umat, tapi dia sangat percaya, sebab itulah pak cik beliau adalah salah satu tokoh utama yang membelanya mati-matian.

Baca sejarah biarlah lengkap ya kawan....

# Terlalu banyak musuh Islam di dunia ni, ingatlah musuh-musuh Islam hanya fokus mencari titik kelemahan Islam saja. Tak dapat dinafikan bahawa Islam ialah agama daripada Tuhan, sehingga mahu dibantah dengan cara apa pun tetap juga tak akan terbantahkan. 

Tuesday 5 June 2012

Pohon Epal Dan Budak Lelaki


Suatu ketika, hiduplah sebatang pohon epal besar dan seorang budak lelaki yang gembira bermain-main di bawah pohon epal itu setiap hari. Dia suka memanjatnya hingga ke pucuk pohon, makan buahnya, tidur di keteduhan rendang daun-daunnya. Budak lelaki itu sangat mencintai pohon epal itu. Demikian pula pohon epal sangat mencintai budak kecil itu.
        Waktu terus berlalu. Budak lelaki itu kini telah tumbuh besar dan tidak lagi bermain-main dengan pohon epal itu setiap harinya. Suatu hari dia mendatangi pohon epal. Wajahnya tampak sedih.
“Marilah ke sini bermain-main lagi denganku,” pinta pohon epal itu.

“Aku bukan budak kecil yang bermain-main dengan pohon lagi,” jawab budak lelaki itu.
“Aku ingin sekali memiliki mainan, tapi aku memiliki wang untuk membelinya.”

          Pohon epal itu menyahut, “Aduhai, maaf aku pun tak ada wang… tetapi kau boleh mengambil semua buah epalku dan menjualnya. Kau akan mendapatkan wang untuk membeli mainan kegemaranmu.”
         Budak lelaki itu sangat gembira. Lalu dia memetik semua buah epal yang ada di pohon dan pergi dengan penuh suka cita. Namun, setelah itu budak lelaki itu tak pernah kembali. Pohon epal itu kembali sedih.

Suatu hari budak lelaki itu datang lagi. Pohon epal sangat senang melihatnya datang.
“Marilah bermain-main denganku lagi,” kata pohon epal.

“Aku tak punya waktu,” jawab budak lelaki yang kian membesar.

“Aku harus bekerja untuk keluargaku. Kami memerlukan sebuah rumah untuk tempat tinggal. Mahukah kau menolongku?”

“Aduhai, maaf aku pun tak memiliki rumah. Tapi kau boleh menebang semua dahan rantingku untuk membina rumahmu,” kata pohon epal. Kemudian budak lelaki itu menebang semua dahan dan ranting pohon epal itu dan pergi dengan gembira.

          Pohon epal itu juga berasa bahagia melihat budak lelaki itu senang, tapi budak lelaki itu tak pernah kembali lagi. Pohon epal itu berasa sepi dan sedih.
          Pada suatu musim panas, budak lelaki itu datang lagi. Pohon epal berasa sangat bersuka cita menyambutnya.
“Marilah bermain-main lagi deganku,” kata pohon epal.

“Aku sedih,” kata budak lelaki yang sudah lanjut usia dimakan waktu.

“Aku sudah tua dan ingin hidup tenang. Aku ingin pergi becuti dan berlayar. Mahukah kau memberi aku sebuah kapal untuk bersiar?”

“Aduhai, maaf aku tak punya kapal, tapi kau boleh memotong batang tubuhku dan menggunakannya untuk membuat kapal yang kau mahu. Pergilah berlayar dan bersenang-senanglah.” Kemudian, budak lelaki itu memotong batang pohon epal itu dan membuat kapal yang diidamkannya. Lalu dia pergi berlayar dan tak pernah lagi datang menemui pohon epal itu.
Akhirnya, budak lelaki itu datang lagi setelah bertahun-tahun kemudian.
“Maaf anakku,” kata pohon epal itu.
“Aku sudah tak memiliki buah epal lagi untukmu.”

“Tak apa. Aku pun sudah tak memiliki gigi untuk mengigit buah epalmu,” jawab budak lelaki itu.

“Aku juga tak memiliki batang dan dahan untuk kau panjat,” kata pohon epal.

“Sekarang, aku sudah terlalu tua untuk itu.”

“Aku benar-benar tak memiliki apa-apa lagi yang dapat aku berikan padamu. Yang tersisa hanyalah akar-akarku yang sudah tua dan hampir mati ini,” kata pohon epal itu sambil menitiskan air mata.

“Aku tak memerlukan apa-apa lagi sekarang,” kata budak lelaki.
“Aku hanya memerlukan tempat untuk berehat. Aku sangat lelah setelah sekian lama meninggalkanmu.”

“Oh, bagus sekali. Tahukah kau, akar-akar pohon tua adalah tempat terbaik untuk berbaring dan berehat. Mari, marilah berbaring di pelukan akar-akarku dan berehatlah dikau dengan tenang.”
Budak lelaki itu berbaring di pelukan akar-akar pohon.
Pohon epal itu sangat gembira dan tersenyum sambil menitiskan air matanya.....Ini adalah cerita tentang kita semua. Pohon epal itu adalah orang tua kita. Ketika kita muda, kita gembira bermain-main dengan ayah dan ibu kita.

Ketika kita tumbuh besar, kita meninggalkan mereka, dan hanya datang ketika kita memerlukan sesuatu atau dilanda kesulitan. Tak peduli apa pun, orang tua kita akan selalu ada untuk memberikan apa yang dapat mereka berikan untuk membuat kita bahagia. Anda mungkin berfikir bahawa budak lelaki itu telah bertindak sangat kasar pada pohon itu, tetapi begitulah cara kita memperlakukan orang tua kita.

Dan, yang terpenting, cintailah orang tua kita. Sampaikan pada ibu dan ayah kita sekarang, betapa kita mencintainya; dan berterima kasih atas seluruh hidup yang telah dan akan diberikannya pada kita. :')

Monday 4 June 2012

Paku Di Tiang


          Dahulu  waktu yang silam, tinggal seorang ikhwah yang mempunyai seorang anak lelaki bernama Mat. Mat membesar menjadi seorang yang lalai melaksanakan seruan agama. Meskipun telah banyak ajakan kebaikan dan nasihat, seruan dan perintah daripada ayahnya agar ia bersolat, puasa, zakat dan lain-lain, tetap juga ditinggalkannya. Sebaliknya amal kejahatan pula yang menjadi rutinitasnya.


          Suatu hari ikhwah tersebut memanggil anaknya dan berkata, "Mat, kau ini sangat lalai dan terlalu banyak berbuat kemungkaran. Mulai hari ini akan aku tancapkan satu paku ke tiang di tengah halaman rumah kita. Setiap kali kau berbuat satu kejahatan, maka aku tancapkan satu paku ke tiang ini. Dan setiap kali kau berbuat satu kebajikan, sebatang paku akan kucabut keluar dari tiang ini". Ayahnya berbuat seperti mana yang dijanjikan, setiap hari ia akan memukul beberapa batang paku ke tiang tersebut. Kadang-kadang sampai berpuluh paku dalam satu hari. Jarang-jarang benar dia mencabut keluar paku dari tiang.


          Hari silih berganti, beberapa purnama berlalu, dari musim hujan berganti kemarau panjang. Tahun demi tahun beredar. Tiang yang berdiri utuh di halaman kini telah hampir dipenuhi dengan tusukan paku-paku dari bawah sampai ke atas. Hampir setiap permukaan tiang itu dipenuhi dengan paku-paku. Ada yang berkarat dek hujan dan panas. Setelah melihat keadaan tiang yang bersusukan dengan paku-paku yang menjijikkan tersebut, timbullah rasa malu. Maka dia pun beniat untuk memperbaiki dirinya. Mulai detik itu, Mat mulai sembahyang. Hari itu saja lima butir paku dicabut ayahnya dari tiang. Besoknya sembahyang lagi ditambah dengan sunnah-sunnahnya. Lebih banyak lagi paku tercabut. Hari berikutnya Mat tinggalkan sisa-sisa maksiat yang melekat. Maka semakin banyaklah tercabut paku-paku tadi. Hari demi hari, semakin banyak kebaikan yang Mat lakukan dan semakin banyak maksiat yang ia tinggalkan, hingga akhirnya hanya tinggal sebatang paku yang tinggal melekat di tiang.


          Maka ayahnya pun memanggil anaknya dan berkata, "Lihatlah anakku, ini paku terakhir, dan aku akan mencabutnya sekarang. Tidakkah kamu gembira?" Mat merenung pada tiang tersebut, dia mulai menangis tersedak-sedak. "Kenapa anakku?" tanya ayahnya, "Aku menyangka kau gembira sebab semua paku-paku tadi telah tiada". Dalam nada yang sayu Mat mengeluh, "Wahai ayahku, sungguh benar katamu, paku-paku itu telah tiada, tapi aku bersedih lubang-lubang dari paku itu tetap ada ditiang, bersama dengan karatnya".


           Sesuatu yang dimuliakan, dengan dosa-dosa dan kemungkaran yang seringkali diulangi hingga akan menjadi suatu kebiasaan, walaupun kita mungkin mampu mengatasinya  secara beransur-ansur, tetapi ingatlah bahawa bekas yang ia tinggalkan tidak akan hilang. Dari situ, pabila kita merenungi untuk melakukan suatu kemungkaran, ataupun sedang berniat melakukan kemungkaran, maka berhentilah.

Sebab..........

Tiap kali kita bergelumang dalam kemungkaran, maka kita telah membenamkan sebatang paku lagi yang akan meninggalkan bekas lubang pada jiwa kita, meskipun paku itu kita cabut kemudiannya. Apa lagi kalau kita biarkan sampai berkarat dalam diri ini sebelum dicabut. Lebih-lebih lagilah kalau dibiarkan berkarat dan tak dicabut. ^_^

Friday 1 June 2012

Sajak Imam Bukhari


Di kala malam yang sunyi sepi
Bani insan sedang tenggelam
dalam tidur dan mimpi
Musafir yang malang ini
tersentak bangun pergi membasuh diri
untuk datang menghadapMu Tuhan.

Lemah lututku berdiri
di hadapanMu
Sedu sedan tangisku keharuan
hamba yang lemah serta hina ini
Engkau terima jua mendekati
bersimpuh di bawah duli kebesaranMu

Tuhan,
hamba tidak pasti 
bagaimana penerimaanMu
di kala mendengar pengaduan hamba
yang penuh dosa dan noda ini

Dalam wahyu yang engkau nuzulkan
Engkau berjanji
untuk sedia menerima pengaduan
dan sudi memberi keampunan

dan Muhammad Rasul-Mu
yang mulia itu ada nyatakan:
AmpunanMu Tuhan lebih besar
dari kesalahan insan

hamba percaya pada tutur kepastian itu
kerana itu hamba datang wahai Tuhan
bukan tidak redha dengan ujianMucuma hendak mengadu kepadaMu
tempat hamba kembali nanti
memohon sakinah,maghfirah dan mutmainnnah...

Bagaimana Kamu Menghadapi Kritikan Yang Tajam

Ini adalah risalah hikmat. Maka kamu wahai yang berdukacita, usahlah biarkan dirimu berterusan dalam arus kelemahan. Hidup tidaklah sentiasa indah, demikianlah langit tak selalu cerah kerana semua yang terjadi itulah aturan Tuhan.

          Orang-orang bodoh dan tidak tahu malu telah mencela Yang Maha Pencipta Yang Pemberi Rezeki, Yang Maha Agung. Mereka telah mencela Tuhan Yang Maha Esa yang tiada Tuhan selainNya. Lalu apa yang akan aku dan kamu perkirakan?, sedangkan kita adalah orang-orang yang suka melakukan dosa.

          Sesungguhnya kamu akan menghadapi suatu pertempuran sengit dalam kehidupanmu yang tiada henti-hentinya, berupa kritikan tajam yang mampu membelah hati. Kamu akan menghadapi penghancuran yang telah dianalisis dan dirancangkan, serta sebuah penghinaan yang tidak akan bererti apa-apa selama kamu memberi, membangun, berkorban, unggul dan berjaya.

          Tidak seorang pun di antara mereka yang akan menenangkanmu sehinggalah kamu dapat menghindari mereka melalui lorong di bumi atau tangga di langit. Adapun jika kamu masih berada di tengah-tengah mereka, maka tunggulah perlakuan buruk mereka kepadamu yang dapat menderaikan air matamu, yang dapat mencucurkan darah dari hujung matamu dan mampu menggoncangkan tempat tidurmu.


Seorang penyair berkata:

"Mereka menghasut seorang pemuda
di kala mereka tidak memperoleh
hasil jerih payahnya.
Mala manusia adalah musuh-musuh
dan lawan baginya."


          Sesungguhnya orang yang duduk di atas tanah tidak akan jatuh, dan manusia tidak akan menendang anjing yang mati. Tetapi mereka akan dengki dan marah kepadamu kerana kamu telah melebihi mereka dari segi ilmu atau akhlak atau pangkat atau harta.

           Jadi, kamu di mata mereka bagaikan seorang pendosa yang tiada keampunan lagi bagimu. Dan demikian akan menyebabkanmu meninggalkan keutamaan dan apa saja yang telah Allah berikan kepadamu, hingga kamu terlepas daripada sifat terpuji serta terlepas daripada segala kemuliaan, hingga kamu menjadi seorang yang benar-benar bodoh, benar-benar miskin dan benar-benar susah. Inilah sebenarnya yang mereka inginkan.

          Jika demikian, maka yang dapat menyanggah ucapan, kritikan dan celaan mereka adalah ungkapan, "Tetaplah wahai gunung Uhud." Jadikan dirimu bagaikan batu gunung yang bisu, yang ditakuti, yang mana pecahan-pecahan ais hancur lebur di atasnya demi menetapkan kewujudannya.

           Sesungguhnya jika kamu mendengar celoteh, dan kamu termakan oleh kata-kata mereka, bererti kamu telah memahami cita-cita tersembunyi mereka yang bertujuan menghancurkan kehidupan dan mengotori umurmu. Oleh sebab itu, usahlah kau layan dan maafkanlah mereka, jangan sampai kamu terasa bersempit dada di atas apa yang mereka rancangkan. Sesungguhnya kritikan pahit mereka merupakan tanda kehormatan bagimu, dan bergantung kualiti harga dirimu di situlah terdapat kritikan yang tajam.

          Sesungguhnya dirimu tidak akan mampu membungkam mulut mereka dan juga tidak akan mampu untuk menjerat lidah-lidah mereka, tetapi kamu mampu untuk menguburkan kritikan dan kegilaan mereka dengan menjauhi dirimu daripada mereka. Kamu biarkan mereka dengan urusan mereka dan kamu tidak menanggapi perkataan mereka

Allah berfirman:
ertinya:     "... matilah kamu kerana kemarahanmu itu ... " (Ali Imran, 119)

Seorang penyair berkata:

"Aku tidak akan peduli jika aku dicela
dengan kesedihan
oleh seekor kambing hutan.
Atau aku ditentang dari belakangku
oleh orang yang suka mencela."


Justeru kamu dapat menuangkan ke dalam mulut mereka potongan-potongan daging seiring menambahkan keutamaanmu, terdidiknya sikap baikmu dan terhapusnya sifat-sifat tercelamu.

Seorang penyair berkata:

"Jika sikapku yang terpuji yang aku
tampilkan merupakan cacat bagiku
maka katakanlah padaku bagaimana
aku harus memohon maaf."


Jika kamu ingin diterima dalam segala kalangan, dicintai oleh semua orang, terbebas daripada segala kecacatan di alam semesta ini, maka sesungguhnya kamu sedang mendambakan sesuatu yang mustahil dan kamu berangan-angan terlalu tinggi.

Hatim berkata:

"Satu kata daripada seorang pendengki tanpa
adanya suatu kesalahan.
Telah aku dengar, maka aku katakan
lewatlah dan menjauhlah daripadaku.
Mereka membantah atasku sedangkan ia
tidak mencelaku
Dia juga tidak menyebabkan dahiku berkerut
selamanya."

oleh : 'Aidh Abdullah al-Qarni