Friday 28 September 2012

Nasihat Untuk Rakan-rakan Seperjuangan

Segala inti yang aku sampaikan ini ialah tazkirah daripada seorang ustaz di masjid al-Istiqamah kat Johor Jaya. Tak ingat bila tarikhnya, yang pasti masa tu ada program solat hajat beramai-ramai untuk pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan besar. Dia huraikan tip-tip bagi orang yang berhajat.

1) Tawakkal


"Kemudian apabila engkau telah berazam, maka bertawakkalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.(Ali-Imraan:159)

Dalil tawakkal di atas menyuruh kita bertawakkal kepada Allah dalam setiap perkara. Tawakkal bukanlah bererti pasrah sahaja, namun perlu disertakan dengan usaha. Maksudnya, dalam kita berusaha, di samping itu kita berserah kepada Allah. Bukannya selepas usaha baru bertawakkal ye.
"Mengharapkan kejayaan tanpa kau usaha ibarat mengharapkan kapal berlayar di daratan."

Selamilah makna pepatah arab di atas. Ramai orang impikan kejayaan, tapi kejayaan itu tidak akan dikecapi dengan mudah tanpa pengorbanan. Dalam misi kita, matlamat 9A akan sukar dicapai. Lagipun, Allah telah berfirman,"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."(ar-Ra'd,11). Ayat ini jelas menerangkan tanpa daya sendiri, perubahan tak akan berlaku. Jadi, usaha mestilah bergerak seiring dengan tawakkal ya.

2) Nazar

Nazar ni cam tak elok sebenarnya, maksudnya kalau hajat kita dah tercapai, baru kita nak beramal. Tapi, n
azar memang biasa dilakukan oleh orang yang berhajat. Banyak kisah-kisah teladan tentang nazar ni.

Ingatlah, kalau dah nazar, jangan pula kita tak laksanakan, Allah telah janjikan buruk padahnya nanti. Senang cerita, nazarlah tentang amal yang kita mampu lakukan. Jangan pula nazar untuk berpuasa 2 bulan berturut-turut. Memang berat untuk ditunaikan.

Kalau boleh, tunaikanlah nazar sebelum dan selepas dapat sesuatu hajat. Contohnya," Aku bernazar akan berpuasa selama 9 hari kalau dapat 9A dalam PMR tahun ini." Maka, puasalah selama 9 hari sebelum hajat kita ditunaikan. Lalu, kalau dapat 9A, puasa lagi selama 9 hari, kalau tak dapat 9A, tak apa, tinggalkanlah nazar tersebut. Inilah nazar yang paling afdal.

3) Tawassul

Tak pasti lah camner bertawasul ni. Tapi cubalah fahami kisah pendek ni.
Dari Abu Abdurrahman, Abdullah bin Umar bin Khaththab berkata, “Saya mendengar Rasulullah saw bersabda, "Dulu sebelum kamu, ada tiga orang berjalan-jalan kemudian mereka mendapatkan sebuah gua yang dapat dimanfaatkan untuk berteduh, maka merekapun masuk ke dalamnya. Kemudian tiba-tiba ada batu dari atas bukit yang tergelungsur dan menutupi pintu gua itu sehingga mereka tidak dapat keluar.
Salah seorang diantara mereka berkata, ‘Sesungguhnya tidak ada yang dapat menyelamatkan kamu sekalian dari bencana ini kecuali bila kamu sekalian berdoa kepada Allah dengan menyebutkan amal-amal soleh yang pernah kalian lakukan."
Salah seorang di antara mereka menimpali, ‘Wahai Allah, saya mempunyai ayah ibu yang sudah tua renta, saya biasa mendahulukan memberi minuman susu kepada keduanya sebelum saya memberikannya kepada keluarga dan hamba saya. Pada suatu hari saya terlambat pulang daripada mencari kayu dan saya menemui keduanya sudah tidur, saya terus memerah susu untuk persediaan minum keduanya.
Karena saya mendapati mereka berdua telah tidur maka saya pun enggan untuk membangunkan mereka. Kemudian saya berjanji tidak akan memberi minum susu itu baik kepada keluarga mahupun kepada hamba sebelum saya memberi minum kepada ayah bonda.

Saya menunggu ayah bonda, hingga terbit fajar barulah keduanya bangun sementara anak-anakku menangis, mereka mengelilingi kakiku. Setelah mereka bangun, kuberikan minuman susu kepada keduanya. Wahai Allah jika saya berbuat seperti itu kerana mengharapkan redaMu maka geserkanlah batu yang menutupi gua ini." Maka bergeserlah sedikit batu itu tetapi mereka belum dapat keluar dari gua tersebut.

Yang lain berkata, "Wahai Allah, sesungguhnya saya mempunyai saudara sepupu yang sangat saya cintai.’ Pada riwayat yang lain dikatakan, ‘Saya sangat mencintainya sebagaimana lazimnya orang laki-laki mencintai seorang perempuan, kemudian saya ingin berzina dengannya tetapi dia selalu menolaknya. Selang beberapa tahun dia tertimpa kesulitan kemudian datang kepada saya dan saya berikan kepadanya 120 dinar, dengan syarat dia harus berzina, dan dia pun setuju.
Ketika saya sudah menguasainya, pada riwayat lain dikatakan, kemudian ketika saya berada di antara kedua kakinya dia berkata, "Takutlah kamu kepada Allah dan jangan kau robekkan selaput daraku kecuali dengan cara yang benar." Kemudian saya meninggalkannya, padahal dia adalah seseorang yang sangat saya cintai dan saya telah merelakan emas (dinar) yang saya berikan kepadanya. Wahai Allah, jika saya berbuat seperti itu kerana mengharapkan redaMu, geserkanlah batu yang menutup gua ini." Maka bergeserlah batu itu tetapi mereka belum bisa keluar dari gua itu.
Orang yang ketiga berkata, ‘Wahai Allah, saya mempekerjakan beberapa karyawan dan semuanya saya jelaskan gajinya dengan sempurna kecuali ada seorang yang pergi, meninggalkan saya dan tidak mahu mengambil gajinya terlebih dahulu. Kemudian gaji itu saya kembangkan sehingga menjadi banyak.
Selang beberapa lama dia datang kepada saya dan berkata, "Wahai hamba Allah, berikanlah gaji saya yang dulu itu." Saya berkata, :Semua yang kamu lihat itu baik unta, lembu, kambing mahupun hamba yang menggembalakannya adalah gajimu." Dia berkata, ‘Wahai hamba Allah, janganlah engkau mempermainkan saya.’ Saya menjawab, ‘Saya tidak mempermainkan kamu.’

 Kemudian diapun mengambil semuanya dengan tidak meninggalkan sisa sedikit pun. Wahai Allah jika saya berbuat itu kerana mengharap redaMu, maka geserkanlah batu itu.’ Lalu batu itupun bergeser dan mereka dapat keluar dari dalam gua.”

4) Syukur

"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".(Ibrahim 14:7)

Syukurlah dengan result exam yang lepas-lepas. Dapat A, bersyukur. Dapat B, bersyukur. Bahkan kalau dapat C atau D pun kita mesti bersyukur. Hitunglah kesyukuranmu dalam setiap benda, dalam apa jua yang telah Allah berikan kepadamu. Bersangka baiklah terhadap Allah. Allah berikan kita sedikit atau banyak, mungkin untuk melihat adakah kita tergolong dalam hambaNya yang bersyukur?.
Nabi Musa AS memiliki umat yang jumlahnya sangat banyak dan umur mereka panjang-panjang. Mereka ada yang kaya dan juga ada yang miskin. Suatu hari ada seorang yang miskin datang menghadap Nabi Musa AS. Diaa begitu miskin sehinggakan pakaiannya compang-camping dan sangat lusuh berdebu. 

Si miskin itu kemudian berkata kepada Baginda Musa AS, "Ya Nabiullah, Kalamullah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku ini agar Allah SWT menjadikan aku orang yang kaya. Nabi Musa AS tersenyum dan berkata kepada orang itu, "saudaraku, banyak-banyaklah kamu bersyukur kepada Allah SWT.

Si miskin itu agak terkejut dan kesal, lalu ia berkata, :
Bagaimana aku mahu banyak bersyukur, aku makan pun jarang, dan pakaian yang aku gunakan pun hanya satu lembar ini saja"!. Akhirnya si miskin itu pulang tanpa mendapatkan apa yang diinginkannya. Beberapa waktu kemudian seorang kaya datang menghadap Nabi Musa AS. Orang tersebut bersih badannya juga rapi pakaiannya. Ia berkata kepada Nabi Musa AS, "Wahai Nabiullah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku ini agar dijadikannya aku ini seorang yang miskin, kadang-kadang aku berasa terganggu dengan hartaku itu. 

Nabi Musa AS pun tersenyum, lalu ia berkata, "wahai saudaraku, janganlah kamu bersyukur kepada Allah SWT." " Ya Nabiullah, bagaimana aku tidak bersyukur kepada Alah SWT?. Allah SWT telah memberiku mata yang dengannya aku dapat melihat. Telinga yang dengannya aku dapat mendengar. Allah SWT telah memberiku tangan yang dengannya aku dapat bekerja dan telah memberiku kaki yang dengannya aku dapat berjalan, bagaimana mungkin aku tidak mensyukurinya", jawab si kaya itu. Akhirnya si kaya itu pun pulang ke rumahnya. Kemudian yang terjadi adalah si kaya itu semakin Allah SWT tambah kekayaannya kerana dia selalu bersyukur. Dan si miskin menjadi bertambah miskin. Allah SWT mengambil semua kenikmatanNya sehingga si miskin itu tidak memiliki selembar pakaianpun yang melekat di tubuhnya. Ini semua sebab dia tidak mahu bersyukur kepada Allah SWT.


5) Doa

Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. 
(Ghaafir: 60)

Doa itu senjata mukmin. Allah berjanji untuk memakbulkan doa hambanya. Tapi kalau doa kita tidak diperkenankan, apakah sebabnya? Jagalah pemakanan antara yang haram dan yang halal.

Sabda Nabi Muhammad saw kepada Saad,
“Carilah sumber rezeki yang halal, nescaya Allah akan menerima permintaan kamu”

Saad Bin Abi Waqqas merupakan seorang sahabat nabi yang paling mustajab doanya. 
Diriwayatkan daripada Ikrimah bin Ammar dari al-Asfar, beliau bertanya kepada Sa’ad bin Abi Waqqas: “Apakah faktor menyebabkan doamu diterima oleh Allah dalam kalangan para sahabat Rasulullah? Kata Sa’ad: aku tidak menyuap ke dalam mulutku melainkan setelah aku pasti dari mana sumbernya”


Abu Bakar mempunyai seorang hamba yang menyerahkan sebahagian daripada pendapatan hariannya kepadanya sebagai tuan. Pada suatu hari hambanya telah membawa makanan yang dimakannya sedikit oleh Abu Bakar. Hambanya berkata, "Kamu selalu bertanya tentang sumber makanan yang aku bawa, tetapi hari ini kamu tidak berbuat demikian ?"

Abu Bakar menjawab, "Aku terlalu lapar sehingga aku lupa bertanya. Terangkanlah kepada aku di mana kamu mendapat makanan ini ?"

Hamba menjawab, "Sebelum aku memeluk Islam, aku menjadi tukang tilik. Orang-orang yang aku tilik nasibnya kadang-kadang tidak boleh membayar wang kepadaku. Mereka berjanji membayarnya apabila saja memperolehi. Aku berjumpa dengan mereka hari ini. Merekalah yang memberikan aku makanan ini."
Mendengar kata-kata hambanya, Abu Bakar memekik, "Ah! Nyaris-nyaris kau bunuh aku."
Kemudian dia cuba mengeluarkan makanan yang telah ditelannya. Ada orang yang mencadangkan supaya dia mengisi perutnya dengan air dan kemudian memuntahkan makanan yang ditelannya tadi. Cadangan ini diterima dan dilaksanakannya sehingga makanan itu dimuntahkan keluar.

Kata seorang pemerhati, "Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasmu. Kamu telah bersusah-payah kerana makanan yang sedikit."
"Aku sudah pasti memaksanya keluar walaupun dengan berbuat demikian aku mungkin kehilangan jiwaku sendiri. Aku mendengar Nabi berkata, "Badan yang tumbuh subur dengan makanan haram akan merasai api neraka. Oleh kerana itulah maka aku memaksa makanan itu keluar takut kalau-kalau ia menyuburkan badanku."

Lihatlah bagaimana sahabat nabi menjaga pemakanan mereka. Sangat mengagumkan. ^^