Saturday 18 February 2012

Penyuluh Jalan Kecemerlangan PMR

Apakah yang perlu dilengkapkan oleh tiap2 pelajar... bagi menempuhi onak ranjau dalam menggapai kejayaan terbilang PMR ? 

Jawapannya tersangatlah mudah, iaitu RAJIN . Orang yang berjaya tidaklah pandai dengan sendirinya, melainkan sebelum itu dia insan yang buta dan tuli dalam memahami ilmu, dia menyingkap langsir jendela supaya memperoleh sinar mentari, lalu dia merenung sesaat untuk berfikir , begitulah keadaan insan yang kehausan ilmu. Lembaran demi lembaran , kitab demi kitab diselak dalam mentelaah ilmu. kegigihan yang dilentur secara konsisten, tanpa menghiraukan penat lelah, dan dia tidak pula mengenal erti kebosanan dalam pembelajaran. ilmu , amatlah manis dan kemanisannya itu amatlah mulia sehingga termaktub kekal sehingga hari kiamat di dalam kitab2 sahih, menerusi lisan nabi saw sendiri : 

Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya”. (at-tirmizi)

Dalam usaha menjalani detik2 menuntut ilmu, ingatlah kita bahawa ilmu itu milik Allah, Dzat yang Maha Mulia, pemilik kepada ilmu yang sangat luas malah gambaran ilmuNya lebih luas daripada seluruh isi alam ! Telah diterangkan kpd kita sejak dahulu lagi, belajarlah daripada manusia yang soleh, yang mengingatiNya bagi memperoleh ilmu yang berkah. Firmannya :

“Maka tanyalah oleh mu akan orang yang ahli zikri (orang yang alim) jikalau kamu tidak mengetahui”. (al-anbiya 21:7)

Zaman pembelajaran tidak akan tamat sehingga manusia menemui ajal. Contohilah para ulama dan tokoh2 islam yang sentiasa belajar sehingga ke liang lahad. Sukses, bukanlah 1 anugerah bagi orang yang pandai, melainkan 1 penghargaan bagi orang yang gigih.



*khas untuk pelajar 2 Ali 2011 dan 3 Omar 2012