Sunday 1 April 2012

Harapan Seorang Akhwat kepada Calon Imamnya

Ya Allah.. Engkaulah sebaik-baik tempat mengadu segala resah diri, sebaik-baik tempat berkeluh-kesah.. Maka izinkanlah aku menyampaikan pesanku kepada dia pasangan hatiku, Sampaikan padanya tentang semua yang saat ini kurasai..

Assalamu'alaikum...
Apa kabar calon imamku?? Laki-Laki pilihan Allah untukku...
Insan yang akan berjodoh denganku..
Siapa dan di mana engkau aku tidak pernah tahu..
Apakah kamu seorang Lelaki yang Soleh atau Laki-Laki yang sedang mengejar ketinggalan dan memperbaiki kesalahan di masa lalu sepertiku, ataukah seorang lelaki yang masih terlena dengan keindahan dunia??

Jika kau lelaki yang soleh, kuharap engkau mahu membimbingku, dan meluruskan arah jika 
tersalah langkahku. Aku akan berusaha menjadi makmum yang baik.
Aku sedang belajar bagaimana menjadi makmum yang baik untukmu..
Aku sedang beljar bagaimana menjadi, Isteri dan Ibu yang baik untuk anak-anak kita kelak..
Aku sedang belajar bagaimana menjadi menantu dan Ipar yang baik untuk mertua dan saudara-saudarimu kelak..

Namun jika kau adalah Lelaki yang sedang bangkit dari kesalahan.
Sudahkah hari-harimu kau isi dengan perbaikan diri?
Sudahkah hatimu kau jaga daripada godaan cinta yang silih berganti datang menghampiri??
Sudahkah khilafmu kau perbaiki??
Sudahkah kelalaianmu di masa lampau engkau sesali??
Kuharap engkau ialah Lelaki yang mahu memperbaiki dir , menebus kesalahan di masa lampau dengan penyesalan dan cucuran air mata taubat. Jangan khuatir Calon Imamku.. Aku pun bukan seorang yang suci daripada dosa, bukan akhwat yang tinggi Ilmu agamanya.. Aku hanyalah akhwat biasa, yang sedang menebus kesalahan di masa lampau dengan perbaikan dan cucuran air mata penyesalan.

Jika kau mampu menjaga hati, maafkan aku yang sempat mencuba mencari gambaranmu daripada mereka yang telah menjadi bekasku. Kuharap engkau mahu memaafkan khilafku.. Aku menyesal dengan segala khilafku dulu, dan aku telah berjanji menjaga kesucian cinta ini hanya kupersembahkan untukmu nanti. Maafkan aku calon imamku, meskipun ragaku tak pernah tersentuh, namun hati dan cintaku pernah menjadi milik mereka..
Atau jika ternyata engkau sama sepertiku yang pernah melabuhkan hatimu kepada wanita sebelum aku, aku sangat memaklumi dan mengerti khilafmu, sebab aku pun begitu...

Namun jika kau adalah lelaki yang masih terlena dengan kenikmatan dunia, kuharap engkau segera bangkit dan tenggelam dalam linangan air mata, atas dosa yang pernah kita banggakan.

Tiada manusia yang luput dari salah dan khilaf kan??? Memang... Dan sebaik-baik manusia yang berdosa adalah yang mahu bertaubat, mahu memperbaiki diri, mahu menyesali kesalahan yang diperbuat dan berjanji untuk tidak mengulanginya,, Allah Al-Ghaffur..Allah Maha Pengampun.

Ku-isi hariku kini dengan perbaikan diri..
Aku akan belajar semua kewajipanku padamu, agar kehadiranku di dalam hidupmu bisa membawa warna kebahagiaan baru..
Ku tidak resahkan kedatanganmu sebab aku pun belum siap menerima kehadiranmu..
Ku jaga hati dan jiwa ini hanya untuk engkau yang nantinya Allah halalkan dengan pernikahan suci.
Doakan agar aku istiqamah di penantian ini..
Ku nanti engkau di sini.. Dengan cinta Allah yang setia menemani, aku akan setia menantimu.. hingga saatnya tiba kau datang menjemputku..
Ku sampaikan semua rinduku kepada Allah yang Maha Tahu..
Kerana hanya Dia yang tahu di mana keberadaanmu.. Dan hanya Dia yang mampu menyampaikan segala rinduku padamu..

Kerana aku Inginkan Allah yang bertakhta.. Kujaga hatiku dari cinta sebelum akad nikah tiba.. Ku ingin menerimamu, bukan semata-mata kerana cintaku padamu, tapi ku ingin menerimamu untuk meraih Cinta dan Keredhaan-Nya, Aamiin.

"Pilihan Allah tak selalu seindah impianmu, namun itulah Pilihannya.. Pilihannya pasti yang terbaik untuk kita, mungkin kebaikan itu tidak terletak pada orang yang kita pilih, tetapi jalan yang kita pilih, atau mungkin kebaikan itu terletak pada kesabaran dan keikhlasan kita menerima segala ketentuan-Nya"