Sunday 24 June 2012

Penciptaan Langit Dan Bumi Adalah Dalam Enam Masa

[10:3] Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa.

BETULKAH DALAM 6 MASA ?


[41:9] Katakanlah: "Sesungguhnya patutkah kamu kafir kepada yang menciptakan bumi dalam dua masa.

[41:10] Dan Dia menciptakan di bumi itu gunung-gunung yang kukuh di atasnya. Dia memberkahinya dan Dia menentukan padanya kadar makanan-makanan (penghuni)nya dalam empat masa.

[41:12] Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa.

Sekarang kiralah sendiri : 2(bagi bumi) + 4(kadar makanan) + 2(bagi langit) = LAPAN hari; dan BUKAN ENAM !!!

Apa respon anda sesudah membaca terjemahan ayat di atas?

KENTALKAN IMAN !!
jangan terdetik walau sedikit pun keraguan terhadap ayat Allah, sebab kita sudah maklum dan pasti, bahawa Qur'an tidak mungkin terdapat percanggahan ayat dalamnya.

Namun persoalannya bagaimana dengan ayat ini.......................................?



Inti yang ditanyakan adalah persoalan logika dan bukan matematik murni seperti yang dijelaskan kerana hal ini bersangkut dengan kegiatan nyata. Dalam hal ini terjadi kesalahan iaitu 2(bagi bumi) + 4(kadar makanan) + 2 (bagi langit) = LAPAN hari, sebab boleh jadi kenyataan untuk kegiatan tahap I pembuatan bumi sendiri dalam 2 masa, sedangkan tahap I dilakukan juga pembuatan langit secara bersamaan iaitu dalam 2 masa, dan tahap  II pembuatan makanan, dll dalam 4 masa, sehingga total yang diperlukan hanya 6 masa, sesuai dgn Qs. Yunus 3 dan beberapa ayat lain.

Hai, pada mulanya aku memang pening memikirkan fasal ini. Jawapan tersebut bersumberkan rakan-rakan yang arif yang belajar memahami tafsir al-Qur'an, dalam satu perjumpaan maya.



Tambahan untuk penjelasan di atas... ibarat membuat rumah berserta kelengkapannya memerlukan asas dan kerangka rumah(bumi) perlukan 2 masa, sekarang ketika membuat asas dan kerangka rumah sekaligus dipasangkan juga kelengkapan alatan rumah(langit) yang diperlukan misalnya perpaipan dan lain-lain. Asas dan kerangka rumah memerlukan 2 masa begitu juga kelengkapan rumah memerlukan 2 masa, tentu pengumpulan waktunya bukan 4 masa tapi cukup 2 masa.


Sebenarnya persoalan tersebut banyak dijumpai di website-website pendakwah kristian, mengapa harus mencari-cari kesalahan agama lain jika mahu menyebarkan agama sendiri, sedangkan kitab sendiri yang diakui suci juga diketahui olehnya banyak kesalahan.

Demikianlah akibatnya jika hanya membaca kitab al-Qur'an hanya dengan penterjemahan secara langsung saja, lebih-lebih lagi jika pemikirannya adalah 'straight to the point'. Inilah KALAMULLAH, malahan kerana bahasanya indah kalaupun kita kepayahan untuk memahaminya.



Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran. 

Statement di bawah adalah copaste. kerana ia sesuai dijadikan nasihat. 



Jika hidup sekadar hidup
  Babi di hutan juga hidup
  Kalau bekerja sekadar bekerja
  Kera juga bekerja
  (Prof. Dr. Madya Hamka, Alm)

Jika percaya setakat percaya
  Penyembah pokok dan batu pun percaya
  Jika yakin sekadar yakin
  Penyembah Zeus dan puluhan "tuhan anak"-nya pun yakin

Andai keyakinan tidak boleh diganggu
  Kerana datangnya dari hati
  Lalu ...
  Apakah itu bererti semua keyakinan & kepercayaan itu BENAR???

Tentu tidak mungkin semua keyakinan itu benar
  Mustahil semua kepercayaan itu benar
  Tidak mungkin Tuhan menurunkan banyak kebenaran
  Tuhan pasti hanya menurunkan 1 ajaran yang masih MURNI

Apa buktinya?
  Bukan kata orang, kerana orang itu tak sempurna
  Bukan kata media, kerana media buatan orang
  Bukan kata mereka, kerana lain orang lain pendapat

Bukti terkuat ialah "KATA TUHAN"
  Bukti terkuat ialah Firman Tuhan
  Bukti terkuat ialah KITAB DARI TUHAN

Jika benar dari Tuhan
  Maka tak boleh ada kesalahan sedikitpun di dalamnya
  Dari segi sastera, matematik, astronomi, anatomi, sains DLL