Tuesday 13 March 2012

Cinta Yang Terurai ❤

Kulitnya hitam. Wajahnya buruk. Usianya sudah pun beranjak tua. Waktu pertama kali masuk ke rumah wanita itu, hampir saja sang teruna percaya kalau dia berada di rumah hantu. Lelaki kaya dan tampan itu sejenak ragu kembali, sanggupkah dia menjalankan keputusannya? Tapi dia segera kembali pada tekadnya. Sudah diputuskan, dia akan menikahi dan mencintai perempuan itu. Apa pun risikonya.

Suatu saat, tanpa diduga perempuan itu berkata, "Ini emas-emasku yang sudah lama kusimpan. Pakailah untuk mencari wanita idamanmu. Aku hanya mahu status bahawa aku pernah menikah dan pernah menjadi seorang isteri." Tetapi lelaki itu malah menjawab, "Aku sudah memutuskan untuk menikahimu, kita teruskan sahaja dan lihat kemudiannya."

Semua orang berasa hairan. Keluarga itu tetap padu sepanjang hidup mereka dan kukuh tersergam dengan sayang, terhias dengan damai. Bahkan mereka kemudian dikurniakan cahaya mata dengan kecantikan dan ketampanan yang luar biasa. Bertahun-tahun kemudian  banyak orang bertanya rahsia ini padanya. Lelaki itu menjawab santai:

"Aku memutuskan mencintainya. Aku berusaha melakukan yang terbaik. Tapi perempuan itu melakukan semua kebaikan yang mampu dia lakukan untukku. Sampai aku tak pernah merasakan kulit hitam dan wajah jeleknya dalam kesedaranku. Yang kurasakan adalah kenyamanan jiwa yang melupakan aku pada fizikal."

Begitulah cinta terurai menjadi kehidupan.
 Ukuran pemeriksaan adalah ketika ia bersemi dalam hati... terkembang dalam kata... terurai dalam tingkah laku... kalau hanya berhenti dalam hati, itu cinta yang lemah dan tidak berdaya... Kalau hanya berhenti dalam kata, itu cinta yang disertai kepalsuan dan tidak nyata...

Kalau cinta sudah terurai menjadi kehidupan, cinta itu sempurna umpama pokok, akarnya berjurai utuh dalam hati, batangnya tegak dalam kata, buahnya berjumbai dalam perilaku. Persis seperti iman, terpateri dalam hati, terucap dalam lisan, dan dibuktikan oleh amal.

Semakin dalam kita merenungi makna cinta, semakin kita temukan fakta besar ini; bahawa cinta hanya kuat ketika ia datang dari peribadi yang mulia. Bahawa kekukuhan cinta hanya mungkin lahir daripada peribadi unggul yang juga punya kekukuhan. Kerana cinta adalah keinginan baik kepada orang yang kita cintai yang harus terlihat setiap saat sepanjang bersama.

Rahsia daripada sebuah hubungan yang sukses bertahan dalam waktu lama ialah bukti cinta itu berterusan. Yang dilakukan para pencinta sejati di sini adalah memberi tanpa henti. Hubungan bertahan lama bukan kerana perasaan cinta yang bersemi dalam hati, tapi sebab kebaikan tanpa henti yang dilahirkan oleh perasaan cinta itu.

Seperti lelaki itu, yang terus membahagiakan isterinya, setelah ia memutuskan mencintainya. Dan isterinya, yang terus menerus melahirkan kebaikan daripada kasih sayang tanpa henti. Cinta yang tidak terurai menjadi kehidupan ialah jawapan atas angka-angka penceraian yang semakin menganga lebar dalam masyarakat kita.

Memang tidak mudah menemukan cinta yang ni, tapi harus begitulah cinta, seperti kata Imam Syafie:

Kalau sudah ada cinta di sisimu
Semua kan jadi tak terkawal
Dan semua yang ada di atas tanah
Hanyalah tanah jua