Sunday 18 March 2012

Tinggalkanlah Perdebatan Yang Tidak Bermakna

Bijak sungguh kau bermain kata meminta hujat. Tatkala hujat sudah diberi, kau balas pula dengan emosi. Kata-kata kesat, penghinaan, cacian dan makian yang kau lemparkan. Jika kau minta hujjah tetapi untuk dipersendakan, maka terlepaslah kau dari diriku. Kerana, bukannya itu jalan untuk meninggikan kebenaran. Dan bukannya kebenaran yang kau mahukan sebenarnya.

"Aku mnjamin sebuah rumah di persekitaran syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan sekalipun dia berada di sebelah kebenaran."
(Hadis Riwayat Abu Daud
)



Nabi SAW bersabda : “Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan se mudah2 ibadat dan se senang2 atas tubuh, ialah diam dan baik perangai.”(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim)


Banyak diam tak semestinya bodoh, banyak cakap tidak semestinya bijak, 
sebab kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh banyak bicara.