Tuesday 13 March 2012

Bagaimana Aku Memahami Apakah Aku Baik Atau Tidak

Pertama, cuba zahirkan sifat aslimu kepada orang yang betul-betul soleh, jika mereka menyenanginya, maka engkau baik, jika tidak maka engkau tidak baik.

Kedua, apabila ditawarkan kepadamu segala kesenangan dunia. Apa yang paling kau sukai dari pelbagai nikmat di dunia ini, jika kau menolaknya maka itu membuktikan bahawa engkau baik.

Yang paling pasti dan paling mudah adalah cara ketiga. Cobalah tawarkan MAUT pada dirimu. Jika dirimu mengharapkannya, maka itu membuktikan baik dan bersedia menghadapi hari kiamat kecil. Tetapi jika tidak mahu malah membencinya, maka engkau tidak baik, banyak dosa, sedikit amalan, takut pada hari pembalasan dan sebagainya.

Mari aminkan doa untuk diri dan saudara2 kita:
YA ALLAH, tetapkanlah Islam sebagai agamaku di akhir hayatku
Lindungilah kami daripada usia tua yang hina
Lindungilah kami daripada sakaratul maut
Lindungilah kami darpada  seksa kubur
Jauhkanlah kamu daripada azab neraka